JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas adalah bersempena dengan sesi turun padang Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ke Negeri Johor.
Program yang menyasarkan golongan belia serta masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai programprogram pembangunan belia yang dijalankan oleh KKDW melalui agensinya di Negeri Johor. Antara kekuatan utama pembangunan belia luar bandar adalah pendidikan berasaskan kepada TVET.
Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) melalui agensinya tellah menyampaikan peruntukan sebanyak RM5.41juta khusus kepada golongan belia di Negeri Johor iaitu seramai 121 penerima.
Ia merangkumi:-
1. Projek Rakan Kebun SKoD oleh KEMAS Johor berjumlah RM110,000.00.
2. Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) KEJORA yang berjumlah RM150,000.00, Skim Bantuan Pertanian Berkelompok KEJORA yang berjumlah RM100,000.00 dan Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan KEJORA yang berjumlah RM100,000.00.
3. Program Pembangunan Modal Insan daripada JAKOA berjumlah RM400,000.00.
4. Program Pembiayaan MARA Negeri Johor berjumlah RM4.2Juta
5. Program Pembangunan Belia RISDA Negeri Johor berjumlah RM130,000.00
6. Program Pelengkapan Kampung – Premis Perniagaan Tahun 2023 oleh FELCRA Berhad Wilayah Johor berjumlah RM225,000.00.
Turut hadir bersama-sama adalah Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Timbalan Menteri KKDW, Setiausaha Kerajaan Johor, Ketua Setiausaha KKDW, Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Setiausaha KKDW, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Johor, Persekutuan, Badan Berkanun dan Agensi serta SUBSUB Bahagian KKDW.
Leave a comment