BM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan RM1.7 juta untuk pendigitalan usahawan desa

963

SHAH ALAM – 14 Ogos, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.7 juta bagi mempergiatkan program edagang dan pendigitalan kepada usahawan luar bandar di bawah bimbingannya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) ini menyasarkan penyertaan 1,000 usahawan pada tahun ini.

Katanya PPU diperkenalkan bagi memberi kursus atau latihan secara praktikal untuk membolehkan usahawan desa mendigitalkan perniagaan mereka melalui pemasaran perniagaan dalam talian yang secara tidak langsung akan membantu memperkembangkan perusahaan yang dilaksanakan.

Selain melengkapkan kemahiran usahawan desa untuk mendigitalkan perniagaan bagi memudahkan mengadaptasi dan menceburi perniagaan secara atas talian.

Tambahnya, pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan di bawah sepuluh modul dengan kerjasama rakan-rakan strategik kementerian ini merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan. Kredit Foto UKK KKDW

“Impak jangka panjang program adalah kecekapan dan produktiviti yang ditambah baik yang dapat mengurangkan masa dan kos, memudahkan pengurusan data dan dokumen, proses ketelusan dan kebolehlihatan (visibility) perniagaan dapat ditingkatkan dan mematuhi pemiawaian (standardization) proses dan peraturan semasa”.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4/2023 di Shah Alam semalam.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW, Mohd Sabri Ramly dan Pengarah Urusan Syarikat eLokal dan Pentadbir Desamall, Ahmad Shah Wahid.

Selain agensi KKDW, rakan strategik Program Desamall seperti Rural Capital Berhad, CELCOMDIGI, Shopee, Maybank Sama-sama Lokal, Halal Development Corporation (HDC), BoostBiz, Bank Simpanan Nasional (BSN), Lazada, Maxis, Mesinkira, Fasspay, Bank Islam PETRON dan Foodpanda.

Program ini turut dibantu dengan penyertaan TikTok Malaysia, Troopers, Peasy, dan IPvolusi.

Untuk rekod lebih 60,000 usahawan desa berada di bawah ekosistem keusahawanan KKDW.

Inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (ECommerce).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...