CYBERJAYA 12 Ogos 2023 – Orang ramai diberi amaran agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan yang membabitkan Institusi Diraja di media sosial dan aplikasi pemesejan.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di dalam satu kenyataan hari ini, peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan yang berbentuk penghinaan terhadap Institusi Diraja.
Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan Institusi Diraja.
Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.” kata MCMC.
Tambah MCMC, tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undangundang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
Leave a comment