Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim telah merasmikan program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 bertempat di Padang Kota Lama, George Town semalam.
Fit Malaysia merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat untuk membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat seiring dengan kerangka Malaysia MADANI.
Menurut KBS, penganjuran program kali ini berkonsepkan karnival kecergasan dengan pengisian aktiviti seperti fun ride 10km & 30km, fun run 5km & 10km, fun walk 3km, senamrobik, lompat tali, pameran kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi.
“Setelah dua tahun tidak dilaksanakan berikutan penularan pandemik COVID-19, Fit Malaysia kembali dengan mengekalkan tema “Lets’s Get Fit” dengan objektif seperti meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif, cergas dan sihat, membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dengan dengan amalan gaya hidup aktif dan cergas serta memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional menerusi penganjuran dan penyertaan di dalam acara sukan.
Program Fit Malaysia akan menjelajah ke seluruh negara dan kemuncaknya adalah peringkat kebangsaan yang akan dianjurkan pada 14 Oktober 2023 bersekali dengan sambutan Hari Sukan Negara di Putrajaya. ” kata KBS.
Leave a comment