Berita @ My LNABM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

PSA meterai kerjasama dengan Brunei Darussalam bagi perkasa TVET serantau

561

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA) memeterai kerjasama dengan SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam melalui ‘Agreed Minutes of Meeting’ (AMM) bagi memperkukuh hubungan strategik serantau dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Mohd Zahari Ismail hadir menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran dokumen AMM antara Pengarah PSA Dr. Norhayati Zakaria dan Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam, Alias Abu Bakar yang diadakan di Dewan Al Jazari, PSA, baru-baru ini.

Menurut Dr. Mohd Zahari, kolaborasi tersebut merupakan komitmen PSA sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam memperkasa kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang TVET merentas sempadan.

“Saya percaya memperluas rangkaian kolaborasi di peringkat serantau dan antarabangsa adalah penting dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terutamanya bagi mempersiapkan para pelajar dengan tuntutan keperluan guna tenaga global yang sentiasa berkembang,”

“Dengan berkongsi kepakaran, mencipta impak transformasi berinovasi tinggi serta memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat, kita boleh memupuk ekosistem TVET yang berdaya saing dan mampan.” katanya.

Sementara itu Alias berkata, SEAMEO VOTECH sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan rakan kolaborasinya untuk menghasilkan program latihan yang berkesan bagi memacu agenda TVET negara anggotanya di Asia Tenggara.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Pengarah UTHM Prof. Emeritus Dr. Jailani Md Yunos, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi JPPKK Dr. Riam a/p Chau Mai dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Profesional SEAMEO VOCTECH Brunei Darussalam, Dr. Paryono.

Dalam majlis yang sama, UTHM turut menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...