BM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

PTSN Politeknik Pertama Terima Pelajar Baharu Asasi Tvet

761
Dr. Haji Mohd Zahari Ismail (tengah) bersama Pengurusan Tertinggi dan pelajar baharu yang mendaftar.

PAGOH, 23 JULAI 2023 – Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) telah mengadakan sesi pendaftaran pelajar baharu hari ini dan merupakan politeknik yang terawal menerima pelajar bagi program Asasi TVET dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Seramai 70 orang pelajar hadir mendaftar pada sesi tersebut.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mensasarkan seramai 500 pelajar baharu akan mendaftar pada program Asasi TVET Sesi 1 2023/2024 di kesemua lima (5) politeknik rintis sehingga 26 Julai 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kerana menyahut saranan Kerajaan untuk menyertai Asasi TVET.

Dr, Haji Mohd Zahari Ismail ketika berucap

“KPT melalui JPPKK dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) telah menyumbang lebih 40 peratus daripada guna tenaga TVET negara, suatu pencapaian besar dan merupakan tunjang pembangunan negara, maka ianya wajar program Asasi TVET ini diperkenalkan pada tahun ini”, ujarnya ketika ‘turun padang’ melakukan tinjauan sekitar sesi pendaftaran pelajar disini, semalam.

Mengulas lanjut, ketika berucap pada sesi bersama ibubapa, beliau turut berkongsi kadar kebolehpasaran graduan TVET khususnya di politeknik dan kolej komuniti adalah melebihi 95 peratus. Ini menunjukkan graduan yang dihasilkan sangat diminati oleh pihak indsutri.

Siti Najwa bersama dua lagi rakan yang mendaftar semalam

Pada sesi ini, beliau turut menyerahkan kad pelajar kepada Siti Najwa binti Mohd Shamsul yang merupakan pelajar ‘sulung’ atau yang terawal mendaftar di PTSN. Anak sulung daripada empat (4) adik beradik itu telah memilih program asasi ini kerana tertarik dengan penawaran program baharu tersebut dan menjadikan antara Asasi TVET sebagai
antara pilihan utama ketika mengemukakan permohonan melalui UPUOnline.

“Saya sangat gembira menjadi pelajar pertama yang mendaftar di Asasi TVET, ini merupakan inisiatif terbaik buat diri saya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan apa yang dipelajari di asasi ini boleh saya gunakan untuk program ijazah saya pada masa akan datang”, katanya.

Program Asasi TVET adalah merupakan inisiatif terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkasakan TVET. Program ini adalah sebagai persediaan khusus bagi pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian selama setahun di mana-mana lima buah politeknik rintis. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian
asasi ini berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...