BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Kerajaan Negeri Kedah Dituntut Beri Penjelasan Kepada Rakyat Berkaitan Penerokaan Haram Unsur Nadir Bumi Di Sik

231

PADANG TERAP, 14 Julai – Kerajaan negeri perlu memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan penerokaan haram Unsur Nadir Bumi (REE) yang masih berlaku di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, susulan penangkapan beberapa individu kerana menceroboh kawasan itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sikap berdiam diri kerajaan negeri dalam isu REE itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk tanggapan bahawa kegiatan perlombongan di kawasan itu didalangi oleh pihak tertentu.

“Kalau tak ada penjelasan, itu yang menimbulkan keraguan tentang kedudukan REE itu. Sehingga hari ini tak ada penjelasan daripada mereka. Ada dalang?

“Saya tak tahu ada dalang ke tak? Kalau dok senyap ini orang mula syak ada dalang.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Puteri UMNO Kedah di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka dekat sini hari ini.

Isu REE menurut Mahdzir, semakin parah setelah pembongkaran kes pemerdagangan manusia apabila warga asing diambil bekerja di kawasan tersebut semalam.

“Saya fikir bahawa perkara yang dikaitkan dengan isu perlombongan ini adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Kerajaan negeri kena ambil tanggungjawab samada perlombongan itu dibuat secara haram atau berlesen.

“Apa sebenarnya yang berlaku? Ia menjadi tanda tanya kepada semua orang. Sampai hari ini tak dapat penyelesaian REE yang berlaku itu. Minggu ini ada dibawa ke mahkamah, ada pekerja asing yang ditahan imigresen kerana masuk secara haram, kita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.”

Tambah beliau, isu REE menimbulkan tanda tanya termasuk berkaitan syarikat yang diberikan permit untuk melombong di kawasan tersebut.

“Dalam REE ini… perlombongan ini syarikat mana yang ditawarkan dan dianugerahkan lesen untuk melombong. Apabila syarikat itu ditawarkan adakah syarikat itu memenuhi kriteria untuk melombong?

“Jabatan Alam Sekitar, mana ada kenyataan dan kedua Pejabat Tanah dan Galian, jika keluarkan lesen dan luluskan, apa kriterianya? Semua jabatan ada prosedur operasi standard. Kemudian ada kena tangkap, pekerja asing tak sah. Itu yang persoalan yang ditanya rakyat,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...