ALOR SETAR, 13 Julai – Perbuatan menconteng wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada papan iklan di beberapa kawasan dalam negeri ini, disifatkan perbuatan yang menjurus kepada permainan politik ekstrem dan tidak sepatutnya berlaku.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, politik melampau seumpama itu membahayakan dan tidak boleh diberi tempat di dalam negara ini ketika era kemajuan teknologi terkini.
“Kalau kita tak suka pun, sentiasa ada had yang tidak boleh dilanggar. Sebab itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkali-kali mengingatkan mengenai kenyataan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja agar tiada pihak yang melangkaui batas.
“Kita takkan aman kalau bawa politik melampau sebaliknya perlu sentiasa bersikap rasional. Semua ini perlu bermula dengan kepimpinan tetapi kadang-kadang ada pemimpin buat kenyataan yang berbentuk menghasut.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri di Bangunan Tunku di sini, hari ini.
Jelas Mahdzir, kebencian dalam politik perlu ada hadnya agar tidak membawa kemusnahan kepada negara.
“Maka jangan salahkan pihak berkuasa kalau buat siasatan bawah Akta Hasutan. Nak buat kerja menconteng bagi tunjukkan sikap ekstrem ini sudah tak boleh diterima kerana kita kini berada pada 2023 di mana orang semua bercakap tentang kecerdasan buatan (AI) dan dunia digital tetapi kita masih lagi nak bawa politik melampau,” katanya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap tindakan pihak tertentu menconteng serta merosakkan papan iklan memaparkan wajah Perdana Menteri.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 423 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kubang Pasu dan Kulim.
Sementara itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar pihak polis segera mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat itu.
“Ini satu perbuatan khianat yang tak boleh dibiarkan. Takkanlah kita nak ulang semula politik era 60-an atau 70-an pada zaman ini?
“Sepatutnya kita mengamalkan politik matang serta saling menghormati antara satu sama lain. Pihak polis harus segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelakunya,” katanya.
- Unveiling TechEdge Dynamics, The Growth Studio for Consistent Business Success
- ALCO HOLDINGS (00328) announce the launch of four strategic mechanisms to foster employee collaboration and enhance team cohesion.
- SIBUR receives highest-category ESG rating from China’s largest rating agency
- GC Ranked No. 1 in DJSI Chemicals Business Sector for Six Consecutive Years, Becoming the First and Only Company Worldwide to Achieve This, Reaffirming Its role as a Global Model For Sustainability
- VT Markets Innovates Trading at the Hong Kong Traders Fair
Leave a comment