PUTRAJAYA, 4 Julai 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius terhadap laporan media baru-baru ini mengenai pihaknya sedang disiasat berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Kata JPN dalam satu kenyataan hari ini, adalah menjadi prinsipnya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan Jabatan tersebut.
“JPN kekal komited menangani gejala rasuah di peringkat Jabatan dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan serta mengadakan pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan bagi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
JPN juga ingin mengingatkan, tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan di JPN. Jangan mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran.” katanya.
Tambah JPN, maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JPN atau boleh hadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan.
- The role of university and community in achieving SDGs
- Recover Red Introduces Portable Red Light Therapy Solution: The Power Stack
- BexBack Breaks Boundaries: Anonymous Trading with 100x Leverage on Perpetual Contracts and 100% Deposit Bonus!
- BC.GAME Launches Wukong Slot, Inspired by the Epic Adventures of Black Myth: Wukong
- BAKE Cheese Tart Returns to Singapore: A Freshly Baked Delight from Hokkaido
Leave a comment