AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKomuniti @ My LNAUTAMA

KPKT komited imbangi sosioekonomi dan pembangunan komuniti setempat secara inklusif

371

TELUK INTAN, 17 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Fiesta Teluk Intan – ‘Komuniti Bandar Dekat di Hati’ sempena Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada pagi ini.

Nga Kor Ming juga turut menyampaikan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) berjumlah RM276,000 kepada 15 penerima Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Bantuan Bina Baharu Rumah di Bandar bagi kawasan Teluk Intan dan Bagan Datuk, Perak.

Menurut KPKT, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh KPKT untuk bantuan baik pulih rumah kepada negeri Perak bagi tahun 2023. Peruntukan ini bakal memberi manfaat kepada 133 penerima bantuan perumahan di Perak dalam usaha menambah baik kualiti kehidupan keluarga di bandar.

Tambah KPKT, penerima Bantuan Baik Pulih rumah adalah dalam kalangan B40 yang berdaftar dengan eKasih di mana rumah yang didiami telah rosak disebabkan faktor usia atau bencana tetapi masih ekonomik untuk dibaiki. Manakala Bantuan Bina Baharu adalah bagi rumah yang didiami rosak teruk (tidak ekonomik untuk dibaiki) akibat bencana alam atau kebakaran dan akan dibina semula atas tanah/tapak sedia ada.

“Penyaluran peruntukan ini merupakan sebahagian ‘sentuhan kasih sayang’ KPKT dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti khususnya di sekitar Teluk Intan dan Bagan Datuk. Keseluruhan peruntukan ini merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.

Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) adalah bertujuan untuk mengimbangi kemajuan sosioekonomi komuniti bandar selaras dengan pembangunan pesat yang sedang dirancang. Justeru, KPKT sentiasa komited menggalas tanggungjawab bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan komuniti bagi menaikkan tahap sosioekonomi komuniti termasuk meningkatkan taraf hidup terutamanya golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar demi kehidupan yang lebih harmoni, selamat dan sejahtera.” kata Nga Kor Ming.

Bersempena Program Fiesta Teluk Intan, beliau telah turun padang beramah mesra dengan rakyat Perak terutamanya komuniti setempat Teluk Intan. Pelbagai acara seperti senamrobik, bengkel kraf tangan barangan kitar semula daripada kaca, ceramah kesedaran isu ‘scammer’, pemeriksaan kesihatan, aktiviti derma darah telah diadakan sepanjang fiesta ini. Selain itu, program-program sampingan iaitu sukan komuniti yang melibatkan acara seperti pertandingan bola keranjang 3 on 3, street soccer 3 on 3, ‘plogging’ dan pertandingan melukis serta mewarna yang melibatkan pelbagai kategori umur juga turut diadakan.

“Pelaksanaan Program Fiesta Teluk Intan ini adalah berorientasikan komuniti sepenuhnya berteraskan Dasar Komuniti Negara. Justeru, KPKT berharap agar penyertaan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat dapat ditingkatkan dalam setiap penganjuran program kerajaan demi manfaat komuniti bandar.” ujar Nga Kor Ming.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...