KUALA LUMPUR, 13 JUN 2023 – Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam yang mengarahkan projek infrastruktur kecil seperti baik pulih sekolah dan klinik daif di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dipindahkan kepada jabatan lain atau pejabat daerah disambut baik oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata saranan tersebut apat memberikan pelepasan kepada Kementerian Pelanggan (kementerian yang berurusan dengan KKR dalam mendapatkan sebarang perkhidmatan berkaitan projek, khidmat nasihat teknikal dan sebagainya) bagi melaksanakan sendiri projek infrastruktur kecil seperti membaiki kerosakan kecil sekolah, klinik, parit kecil dan pembaikan pagar yang tidak melibatkan aspek teknikal yang kompleks serta aspek keselamatan pembinaan.
“Ini sejajar dengan arahan di dalam Arahan Perbendaharaan 182 dimana Kementerian/Jabatan/ Agensi (KJA) boleh melaksanakan sendiri kerja-kerja penyenggaraan membaiki kerosakan kecil yang tidak melibatkan struktur bangunan atau kerja elektrik yang bernilai tidak melebihi RM200,000 dengan mematuhi semua peraturan yang berkuatkuasa.
Pelaksanaan projek-projek ini juga mengambil kira keupayaan KJA.
Keprihatinan YAB Perdana Menteri itu juga dilihat dapat mengurangkan beban JKR sekaligus memberi ruang kepada jabatan ini untuk memberi fokus yang lebih kepada pelaksanaan projek infrastruktur yang lebih kompleks seperti pembinaan bangunan hospital, sekolah, jambatan-jambatan besar, pelabuhan, lebuhraya dan sebagainya.” kata Alexander.
- Unveiling TechEdge Dynamics, The Growth Studio for Consistent Business Success
- ALCO HOLDINGS (00328) announce the launch of four strategic mechanisms to foster employee collaboration and enhance team cohesion.
- SIBUR receives highest-category ESG rating from China’s largest rating agency
- GC Ranked No. 1 in DJSI Chemicals Business Sector for Six Consecutive Years, Becoming the First and Only Company Worldwide to Achieve This, Reaffirming Its role as a Global Model For Sustainability
- VT Markets Innovates Trading at the Hong Kong Traders Fair
Leave a comment