AMBM @ MY LNAPerpaduan @ My LNAUTAMA

Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai pupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional

502
Kredit Foto : Facebook rasmi Kementerian Perpaduan Negara

PASIR GUDANG, 10 Jun 2023 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai di sini hari ini.

Kredit Foto : Facebook rasmi Kementerian Perpaduan Negara

Menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam satu siaran media hari ini, objektif utama penganjuran program tersebut adalah sebagai medium memperkenalkan budaya, etnik, kepelbagaian adat resam etnik dari Negeri Sabah dan Sarawak khususnya kepada masyarakat di Negeri Johor dan memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan
masyarakat serta memelihara keharmonian dan kesejahteraan komuniti.

Kata KPN lebih 30,000 penduduk di Negeri Johor merupakan masyarakat berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya menyambut perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Justeru, program tersebut dilihat dapat dijadikan platform menyuntik semangat perpaduan dalam kepelbagaian.

“Pelaksanaan program sambutan perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai seumpama ini dapat mempromosikan keunikan warisan budaya di Malaysia disamping menyemarakkan lagi jalinan muhibah antara kaum.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara warisan budaya agar ianya tidak pupus ditelan zaman. Kementerian melalui inisiatif Ini Warisan Kita turut memberi fokus kepada usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian warisan yang menjadi khazanah negara,” kata Menteri.

Program yang berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 9 Jun 2023 menyediakan pelbagai pengisian utama seperti:-

i. Pertandingan hiasan pokok ranyai;
ii. Pertandingan muhibah Gawai dan Kaamatan;
iii. Pertandingan mee polos dan menyumpit;
iv. Cita rasa menu Borneo;
v. Jualan pasar Borneo;
vi. Pameran kraftangan Borneo; dan
vii. Demonstrasi masakan Borneo.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...