PULAU PINANG, 10 JUN 2023 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah melancarkan program Malaysia Aktif @ Komuniti bertempat di PPR Taman Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Sumber foto : Facebook rasmi KBS
Program tersebut merupakan inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi merealisasikan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat khususnya di komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA).
Menurut KBS, pengisian aktiviti senamrobik atau zumba, objektif program adalah seperti berikut iaitu menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan komuniti PPR dan PPA, menyemai pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation) dan mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti serta bertindak sebagai langkah intervensi sosial bagi
mengelakkan gejala negatif terutamanya melibatkan belia dan anak muda.
Untuk permulaan, program akan berjalan setiap hari Sabtu atau Ahad selama 30 minggu (seminggu satu sesi) bermula bulan Jun hingga Disember 2023 dengan sasaran penyertaan keseluruhan seramai 36,000 orang di seluruh negara secara PERCUMA melibatkan 12 lokasi di 6 negeri seperti berikut:
Tambah KBS, di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan pada fasa seterusnya.
- It’s green here too
- Woh Hup Celebrates 88 Years of Bringing Asian Flavours to the World
- OneConnect Releases Q3 2024 Results with Net Profit attributable to Parent Company Reaching RMB110 million
- Sheffield Green Opens Offshore Wind Training Centre in Taiwan Chiayi
- Eude Technology Establishes Strategic AI Research Partnership with Nanyang Technological University
Leave a comment