BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Intipati Ucapan Dasar Presiden UMNO Padat Misi dan Visi Parti

134
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 dianggap cukup berani malah padat dengan misi dan visi untuk masa depan.

Ini adalah demi memastikan parti yang membangunkan negara bangsa lebih separuh abad ini terus releven dalam Kerajaan madani bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran Malaysia.

Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menekankan aspek membangun negara bangsa, dimana UMNO akan sentiasa mempertahankan perlembagaan negara yang berkaitan dengan agama, bangsa dan institusi Raja-Raja.

Beliau juga menolak politik pelampau, golongan ekstrem dalam menjadikan wadah perjuangan UMNO progresif serta sederhana. Sangat memberangsangkan, baik dan penuh dengan fakta terutamanya untuk membangun negara bangsa.

UMNO akan terus mempertahankan perlembagaan negara yang berkaitan dengan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, Bahasa Kebangsaan, hak Melayu dan Bumiputera serta mempertahankan Raja-Raja.

Zahid juga turut memberikan cadangan bahawa Kerajaan Perpaduan akan meneruskan aktiviti ekonomi, pendidikan orang Melayu terutamanya di luar bandar. Beliau turut menjelaskan bahawa perjuangan UMNO bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri tidak mengenepikan bangsa dan kaum lain dalam negara.

Antara kandungan Ucapan Dasar Presiden ialah:

1.UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangan parti walaupun seinci untuk memastikan Perlembagaan negara tidak akan di robek oleh mana-mana pihak sama ada dari pihak luar kerajaan mahupun dalam kerajaan.

2.Bahasa Melayu, Bangsa Melayu, Agama Islam dan Raja-Raja Melayu akan terus dipertahankan dalam Negara.

3.Kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Semenanjung Malaysia.

4.Komitmen UMNO untuk terus memperkuatkan Kerajaan Perpaduan demi memastikan kestabilan politik dan kemakmuran negara terus terjamin.

5.Komitmen UMNO yang akan menggerakkan jentera parti untuk membantu dan memastikan kemenangan parti-parti dalam kerajaan perpaduan bagi memastikan semua negeri seiring dengan kerajaan pusat.

6.UMNO akan terus Berusaha dan Berdoa untuk Datuk Seri Najib Razak agar diberi keadilan yang secukupnya dan Bossku terus diberi kekuatan menghadapi dugaan & cabaran yang sekarang ini di bilik besi di Penjara Kajang.

7.UMNO akan terus memperjuangkan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara bagi melahirkan Huffaz-Huffaz profesional di dalam negara.

UMNO juga akan mengulangi komitmennya untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang menerajui kepimpinan negara ketika ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16, dimana evolusi politik dunia menyaksikan banyak negara kini membentuk kerajaan pelbagai parti sama ada atas nama kerajaan campuran mahupun kerajaan perpaduan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...