Home MY LNA Pinda Perlembagaan Permudah Daftar Keahlian
MY LNAPolitik @ My LNA

Pinda Perlembagaan Permudah Daftar Keahlian

Kredit Photo : Facebook rasmi Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 9 Jun 2023 – UMNO akan melakukan pindaan terhadap Perlembagaan parti itu melalui mesyuarat khas parti yang antara lain bertujuan memudahkan urusan pendaftaran keahlian dalam talian.

“Melalui pindaan itu satu peraturan akan diwujudkan dalam Perlembagaan yang mana ia membolehkan ahli MKT mempunyai kuasa yang lebih ke atas permohonan keahlian”, ujar Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Apa yang akan dibentangkan dalam mesyuarat khas itu adalah meminda fasal berkenaan untuk dijadikan sebagai peraturan dan apabila menjadi peraturan, ertinya Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk meminda peraturan peraturan dari segi permohonan keahlian”, ujar beliau yang juga merupakan Presiden UMNO.

Ketika ini, Fasal 5 Perlembagaan UMNO menjelaskan permohonan mendaftar sebagai ahli biasa UMNO hendaklah dikemukakan kepada ketua cawangan atau ketua bagi ketiga-tiga sayap di peringkat cawangan masing-masing; selain pendaftaran terus di Pejabat UMNO Bahagian atau secara dalam talian.

Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO menyatakan MKT berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah muktamad.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Build Mental Resilience and Mindfulness to address Mental Health

Mental health resilience and struggles are critical issues affecting a significant portion...

Environment @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

MELP: Empowering youth for sustainable energy and environmental resilience

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The successful transition to a cleaner...

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara...