KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 – Sejumlah RM 1.05 juta pembiayaan perniagaan telah diagihkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada hari ini. Sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada 5 usahawan.
Sesi penyerahan tersebut telah dilaksanakan ketika pameran korporat KKDW yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 7 Jun sehingga 10 Jun 2023. Kesemua usahawan tersebut mengusahakan perniagaan yang mendukung industri automotif, pengurusan majlis, marin dan juga industri perdagangan.
Untuk makluman, SPED yang mensasarkan kepada usahawan luar bandar adalah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh KKDW dan Rural Capital Berhad (RCB) adalah sebagai salah satu agensi pelaksana yang telah dilantik sejak dari November 2022 sehingga kini. Setakat Mei 2023, sejumlah RM5,587,000.00 pembiayaan perniagaan telah diagihkan kepada 37 usahawan seluruh Malaysia. Disamping itu, RCB juga melaksanakan aktiviti pemprosesan dan pengagihan pembiayaan serta memantau kejayaan usahawan.
Selain daripada produk pembiayaan SPED, RCB sebagai salah sebuah syarikat milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga memfokuskan kepada tiga lagi cabang perniagaan antaranya adalah Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman, Digital-Based Solution dan Perlindungan Takaful. Pada tahun 2023, RCB telah genap 10 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan sejak tahun 2013.
Turut serta di dalam sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan SPED ini adalah YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) KKDW, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pegarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd., dan YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad.
- It’s green here too
- Woh Hup Celebrates 88 Years of Bringing Asian Flavours to the World
- OneConnect Releases Q3 2024 Results with Net Profit attributable to Parent Company Reaching RMB110 million
- Sheffield Green Opens Offshore Wind Training Centre in Taiwan Chiayi
- Eude Technology Establishes Strategic AI Research Partnership with Nanyang Technological University
Leave a comment