LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terdiri dari 8 buah kapal, 7 buah bot Perkasa, 5 buah bot Benteng, 3 bot Penggalang, 3 bot Penyelamat, 2 bot Kilat, sebuah bot Petir, 4 buah helikopter jenis AW139 dan AS365 N3, 6 buah jetski terlibat pada hari terakhir demonstrasi maritim sebelum Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) melabuhkan tirainya hari ini.
Mempamerkan 10 formasi serta tiga demonstrasi iaitu demonstrasi manuvra taktis pesawat udara, demonstrasi manuvra taktis aset melibatkan jetski, bot Benteng dan bot Perkasa serta demonstrasi taktikal Save and Rescue (SAR). Maritim Malaysia yang menampilkan aksi mendebarkan itu telah berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung yang hadir ke Resort World Langkawi sekaligus mendapat tepukan gemuruh.
Selain memperlihatkan kehebatan aset Maritim Malaysia, penonton pada hari terakhir turut disajikan dengan demonstrasi Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM) berdasarkan situasi sebenar operasi membanteras aktiviti jenayah di laut.
Pada persembahan yang sama Maritim Malaysia turut memperlihatkan kehebatan anggotanya melakukan aksi mencari dan menyelamat atau Save and Rescue (SAR) mangsa di laut melalui kaedah winching.
Pertunjukkan ini menjadi perhatian orang ramai apabila Pasukan Perenang Penyelamat (Rescue Swimmer) merupakan pasukan penyelamat tunggal di negara ini melaksanakan ‘misi’ mencabar dan ekstreem menyelamat mangsa di laut.
Selain demostrasi, Maritim Malaysia turut menyediakan reruai pameran luaran (outdoor) di lokasi yang sama serta reruai pameran dalaman (indoor) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bagi memberikan maklumat berkaitan tugas
dan tangungjawab disamping membuka ruang maklumat kerjaya kepada pengunjung yang mempunyai cita-cita untuk menyertai Maritim Malaysia.
Bagi memberikan rasa sebenar menjadi anggota Maritim Malaysia, para pengunjung dapat melihat lebih dekat pakaian, senjata dan peralatan yang digunapakai semasa menjalankan tugas.
Malahan para pengunjung akan merasai situasi sebenar operasi yang dilaksanakan oleh anggota Maritim Malaysia apabila pada LIMA kali ini Virtual Reality (VR) digunakan bagi melihat bagaimana anggota STAR TEAM melaksanakan tugasan
yang telah diaturgerakkan.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment