24 Mei 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini.
Menut KPM dalam satu kenyataan hari ini, penelitian tersebut turut melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.
“Pertimbangan KPM adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari.
Sehubungan itu, KPM akan melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan.” kata KPM.
KPM telah merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada bulan Februari 2025. Seterusnya, kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada bulan Januari 2026.
Semalam Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa KPM telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024/2025 bermula pada bulan Februari 2025.
Katanya kalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada tahun 2026.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment