KUALA LUMPUR 23 April 2023 – Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) tengah mengadakan tinjaun di lapangan Jalan Chow Kit pada Hari Raya Pertama dan Hari Raya Kedua pada tahun 2023 ini.
Dalam satu kenyataan, MASAC berkata hasil dari tinjauan tersebut didapati bahawa majoriti rakan jalanan (gelandangan) yang terdiri dari penagih dadah, maknyah, anak-anak asnaf, orang tua yang tidak tinggal bersama keluarga, pelacur, memakai kelengkapan Raya yang lengkap hasil beberapa sumbangan pelbagai NGO dari seluruh negara. Mereka juga terlihat amat kemas dan bersih dengan potongan rambut baru yang teratur.
“MASAC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO yang terlibat membantu menceriakan Komuniti terpinggir Jalan Chow Kit ini melalui pelbagai edaran kelengkapan Raya, MASAC sendiri pada 15 April 2023 bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur, PUAKPayong, Projek Belia Mahir, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Felda Malaysia telah menganjurkan secara bersama program Huluran Ramadhan 2023, Surau Al-Hijrah Chow Kit yang turut disertai Datuk Seri Zulkefli Al-Bakri mengedarkan pelbagai kelengkapan Hari Raya seperti baju kurung, baju Melayu, butang baju Melayu, samping, tudung dan turut mengadakan sesi potong rambut percuma kepada komuniti ini yang telah berjaya dilaksanakan oleh para pelajar dari UPSI.
MASAC mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang barangan kelengkapan Hari Raya yang telah menceriakan golongan terpinggir dari keluarga ini.” katanya.
MASAC turut mempelawa usahawan yang mempunyai lebihan baju raya, baju kurung dan lain-lain yang tidak berjaya di lelong pada jualan Aidilfitri kali ini untuk bersama MASAC sebagai rakan strategik mengedarkan kelengkapan itu di Jalan Chow Kit dan bandar besar yang lain yang juga terdapat komuniti seperti itu dalam semangat kongsi rezeki kepada golongan rentan.
“Mereka ini juga manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk disayangi dan dihargai bersama kelengkapan Hari Raya Aidiladha pula, walaupun mereka pernah tersilap dalam kehidupan, kita perlu berusaha bersama untuk menunjukkan masih ada yang ambil berat kepada mereka walau keluarga sendiri telah menjauhi mereka atas sebab kesalahan sosial.
Rata-rata golongan rentan yang menerima sumbangan baru-baru ini amat berterima kasih dan tidak menyangka masih ada sinar raya baru kepada mereka walau hanya potongan rambut percuma dan kelengkapan raya yang sedikit, namun semangat memberi dari yang ada kepada mereka yang tiada amat dihargai mereka.
Pada mereka, bukan nilai yang menjadi ukuran, namun keihlasan pemberi sumbangan yang membawa senyuman pada diri mereka pada perayaan kali ini.” tambah MASAC.
MASAC sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO yang memberikan pelbagai sumbangan kepada golongan rentan di Chow Kit ini, dan MASAC sedia bekerjasama untuk bersesama untuk menjelajah serta memberi sumbangan sebegini kepada golongan rentan di Negeri lain bagi Perayaan Aidiladha ini.
- Five Overseas Cities Win This Year’s Shanghai Award for Sustainability
- amfori Asia Sustainability Summit 2024
- Honour (Singapore) Announces Appointment of New Chair
- Prudential expands preferred healthcare network in partnership with Icon Cancer Centre
- HonKuwa Pharmaceutical Debuts at the 7th CIIE, showcasing a new trend of natural health
Leave a comment