AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

UM Selamatkan Lebih 785kg Makanan dan diagihkan kepada yang memerlukan

395

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2023 : 21 sukarelawan Universiti Malaya telah menjalankan program MYSAVEFOOD@Ramadan 2023 dan telah menyelamatkan lebih 785kg juadah makanan dan minuman yang tidak habis dijual di bazar ramadhan dari terbuang dan diedarkan kepada yang memerlukan.

Program MYSAVEFOOD@Ramadan 2023 ini merupakan anjuran anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia  (MARDI), Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dengan kerjasama 
Kelab Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) Universiti  Malaya.

Menurut penyelaras program dan Pensyarah Kanan, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Dr. Rosazlin Abdullah, selama 2 minggu sukarelawan telah turun ke Bazar Ria Pantai Dalam untuk menangani masalah jualan makanan yang tidak habis di jual oleh peniaga bazar ramadhan.

“Makanan dan minuman yang tidak terjual oleh para peniaga dikumpulkan, ditimbang serta direkodkan sebelum diagihkan kepada penduduk di PPR Kerinchi. Satu pertiga makanan daripada makanan yang dihasilkan di seluruh dunia untuk keperluan makanan penduduk dunia dibazirkan dan kebanyakkannya berakhir di tapak pelupusan sampah. Sedia maklum bahawa pengumpula sisa makanan di tempat sampah akan menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti meningkatkan gas rumah hijau, pencemaran air dan kualiti tanah,” katanya.

Muhamad Sufyan Haziq, pelajar tahun 1 Fakulti Sains dan juga Ketua Bazar bagi Bazar Ria Pantai memulakan program dengan mendekati para peniaga untuk memaklumkan tentang pelaksanaan program MYSAVEFOOD@Ramadan. Gerai-gerai yang bersetuju untuk menyumbangkan makanan atau minuman akan diletakkan tag untuk dikenal pasti nanti.

“Setelah berbuka puasa, para sukarelawan Universiti Malaya akan membuat rondaan untuk mengumpulkan makanan atau minuman yang tidak terjual dari gerai-gerai. Makanan dan minuman yang terkumpul kemudiannya akan ditimbang serta direkodkan.

“Makanan dan minuman akan dibungkuskan serta diagihkan kepada penduduk Blok A PPR Kerinchi. Penduduk seperti warga kelainan upaya (OKU) serta ibu tunggal akan diutamakan terlebih dahulu mengikut senarai nama yang diperoleh daripada wakil penduduk. Lebihan makanan atau minuman akan diletakkan di Dewan Terbuka untuk diambil oleh para penduduk,” tambahnya lagi.

Kelab Alam Sekitar UM adalah kumpulan pelajar yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Alam Sekitar sentiasa memainkan peranan untuk memastikan mesej mengenai isu alam sekitar dapat ditangani dan disampaikan. Dengan kesedaran ini, pihak Universiti Malaya iaitu Kelab Alam Sekitar yang sentiasa menanamkan semangat cintakan ilmu bekerjasama dengan Pemuda Gema Malaysia dan MARDI untuk menyertai Kempen MySaveFood Ramadhan.

Ini adalah tahun ke-4 penyertaan Kelab Alam Sekitar terhadap program ini di mana ia sedikit sebanyak memberi kesedaran awam dan mengurangkan sisa makanan dan dalam yang sama dapat  membantu mereka yang kurang kemampuan dapat menikmati juadah yang menarik dan enak dari bazar ramadhan.

Kelab Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) Universiti Malaya dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia  dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menganjurkan program MYSAVEFOOD@Ramadan yang bertempat di Bazar Ria Pantai Dalam pada 2 – 14 April 2023. 2 hari sebelum program bermula, para sukarelawan Universiti Malaya telah diberi penerangan berkenaan perjalanan sepanjang program dijalankan daripada wakil Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...