Home AM Kementerian Perpaduan Negara lancar Program Kembara Perpaduan @ Kampus
AMHighlightsMY LNA

Kementerian Perpaduan Negara lancar Program Kembara Perpaduan @ Kampus

SHAH ALAM, 17 April 2023 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan Program Kembara Perpaduan @ Kampus, bertempat di Dewan Kuliah 500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam semalam.

Menurut KPN dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, belia memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sesebuah negara.

“Sumbangan dan penyertaan belia sangat diperlukan khususnya dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI. Bertepatan
dengan aspirasi Malaysia MADANI, Kementerian telah mengambil langkah proaktif dalam mempertingkat penglibatan belia melalui inisiatif Kembara Perpaduan @ Kampus.

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara mulai Disember 2022 berperanan untuk melahirkan pemimpin sukarelawan dalam kalangan mahasiswa yang merupakan salah satu usaha ke arah membudayakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia khususnya dan rakyat Malaysia amnya. YSS kini merupakan salah satu (1) jentera di bawah KPN yang bertindak untuk membantu KPN dalam menggerakkan program Kementerian dan Jabatan di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dengan lebih aktif lagi terutamanya aktiviti-aktiviti di bawah inisiatif Kembara Perpaduan @ Kampus.” kata KPN.

Kembara Perpaduan @ Kampus adalah merupakan program yang berorientasikan pengukuhan nilai jati diri dan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi dengan memberi fokus kepada program-program yang melibatkan mahasiswa berteraskan tiga (3) kluster utama Kembara Perpaduan Malaysia MADANI iaitu:

i. Semarak Kenegaraan;

ii. Semarak Perpaduan; dan

iii. Program Komuniti RAHMAH.

Tambah KPN, pelbagai program telah diatur di bawah Program Kembara Perpaduan @ Kampus yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian. Program-program ini akan digerakkan secara bersama oleh Yayasan Sukarelawan Siswa dan Sekretariat Rukun Negara seluruh Malaysia. Kolaborasi program ini juga akan diperluas dengan penglibatan agensi-agensi belia seperti Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Pertubuhan-Pertubuhan Belia dan NGO.

Pada majlis yang sama, Program Chit Chat Belia yang bertemakan “MADANI: Bersediakah Kita?” telah diadakan dan dibarisi oleh panel seperti Pow Mei Foong (Atlet Bola Jaring Kebangsaan), Ahmad Danial Nor Amin (Mahasiswa Jurusan Undang-Undang), dan Mohammad Imral Aqil Mohd Salehuddin (Penyampai Radio). Program tersebut telah disertai oleh lebih 2,000 orang mahasiswa (termasuk penyertaan dalam talian) dan mereka terdiri daripada ahli SRN dari beberapa IPT seluruh Malaysia. Sebanyak 8 siri Program Chit Chat Belia akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun ini.

“Aktiviti-aktiviti ke arah pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan mahasiswa wajar diberi penekanan khususnya dalam membangun Malaysia MADANI. Justeru, program seumpama ini dilihat berupaya dijadikan platform mahasiswa untuk memperkasa semangat patriotisme, saling mempererat hubungan toleransi antara kaum dan menyemai semangat kebersamaan demi kemajuan negara, ” jelas KPN lanjut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Economy & FinanceEnergyMY LNAOpinion

Electricity tariffs: With you in mind

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The COVID-19 outbreak and the ongoing...

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

EducationHighlightsMY LNA

UM STEM WITH CONGKAK AT CARDIFF MUSEUM, UNITED KINGDOM- A CROSS CULTURAL STEM PROGRAM

The core of Universiti Malaya STEM education means to educate and spark...

HighlightsMY LNATourism

TOURISM MALAYSIA MEETS WITH LAOTIAN TRAVEL AGENTS FROM THREE CITIES IN RECENT ROADSHOW

VIENTIANE, 2 JUNE 2023 – In an effort to promote Malaysia’s tourism...