Home AM Cubaan Seludup Masuk 4.8 Juta Batang Rokok Kretek Pelbagai Jenama Gagal
AMHighlightsMY LNAPertahanan

Cubaan Seludup Masuk 4.8 Juta Batang Rokok Kretek Pelbagai Jenama Gagal

KUALA LINGGI, 13 April 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan cubaan seludup sejumlah 4.8 juta batang rokok kretek pelbagai jenama di perairan muara Tanjung Gabang, Selangor sempena Op Khas Pagar Laut di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, hasil risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) mendapati sebuah bot pancung dengan enam buah enjin 200 kuasa kuda bergerak dalam keadaan mencurigakan di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) ke Tanjung Gabang pada pukul 10.20 malam.

“Menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, suspek dilaporkan bertindak memecut laju untuk meloloskan diri dan berlaku kejar-mengejar selama hampir 30 minit sehingga bot pancung berkenaan memasuki kawasan paya bakau.

Setelah menghampiri bot berkenaan pada kedudukan 0.05 batu nautika barat laut muara Tanjung Gabang, Selangor, pihak Maritim Malaysia mendapati tekong dan awak-awak telah meninggalkan bot dan berjaya melarikan diri,

Pemeriksaan ke atas bot pancung tanpa nombor pendaftaran yang berwarna kelabu, menggunakan enam enjin 200 kuasa kuda jenis Yamaha telah membawa kepada penemuan rokok kretek pelbagai jenama.”

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan berkata demikian ketika sidang media sempena pengumuman kejayaan kes berkenaan di Pejabat Maritim Negeri Sembilan & Melaka hari ini.

Turut hadir pada sesi sidang media berkenaan Pengarah Maritim Negeri Sembilan & Melaka, Kepten Maritim Iskandar Ishab @ Ishak.

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan pada sidang media yang sama turut memaklumkan nilai keseluruhan rampasan rokok kretek termasuk bot pancung dan enam enjin 200 kuasa kuda itu berjumlah sebanyak RM3.53 juta.

“Kesemua rokok kretek berkenaan disyaki diseludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.

Kes ini akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 – Menyeludup masuk rokok ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan / Duti Eksais (Cukai).”

Pada sidang media yang sama, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan menegaskan Maritim Malaysia akan memperketatkan lagi kawalan di perairan negara dalam usaha mengekang aktiviti jenayah di laut seperti penyeludupan kontraband dan barangan kawalan, penyeludupan serta kemasukan PATI ke dalam negara ini.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang ancaman jenayah yang dilakukan di kawasan maritim negara. Malah kita mengoptimumkan pengoperasian dengan melakukan rondaan di kawasan hotspot khususnya pada musim perayaan Aidilfitri.

Beliau juga menyeru kepada orang ramai agar menjadi mata dan telinga Maritim Malaysia dalam menyampaikan maklumat bagi memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan. Sebarang maklumat, laporkan segera ke talian MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam dan Pusat Operasi Maritim Negeri yang berhampiran.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPolitik

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun – Formula ‘menang-menang’ bagi agihan kerusi Pilihan Raya...

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

EducationMY LNA

UNITEN OFFERS AFFORDABLE HIGH-QUALITY FOUNDATION PROGRAMMES FOR SPM LEAVERS

PUTRAJAYA, 5 JUNE 2023 – The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) results for...

EkonomiHighlightsMY LNAPendapat

Perbelanjaan pengguna merosot pada separuh kedua 2023?

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Walaupun Bank Negara Malaysia...