AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengangkutan @ My LNAUTAMA

DUKE bakal laksanakan sistem pembayaran terbuka

133
Sumber Foto : FB Rasmi Menteri KKR

KUALA LUMPUR 12 April 2023 – Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE) menjadi syarikat konsesi lebuhraya terkini yang bakal mengambil bahagian di dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuhraya kendaliannya.

Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini, persetujuan yang dicapai hasil perbincangan di antara KKR dan DUKE itu menjadikan keseluruhan jumlah lebuhraya yang bakal terlibat di dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini kepada 12 lebuhraya dengan sistem ini dijangka bermula pada September 2023.

“Lebuhraya-lebuhraya yang terlibat termasuklah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth – Kulim, Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).

Selain daripada itu, sukacita ingin saya memaklumkan bahawa Lebuhraya DUKE juga telah dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) sebelum ianya dilaksanakan di semua lebuhraya di dalam negara.” kata Alexander.

Tambah beliau, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini merupakan persediaan awal peralihan ke arah MLFF sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

Katanya usaha tersebut diharap dapat memberikan peluang kepada Kerajaan, syarikat konsesi serta pihak terlibat untuk mengenalpasti dan menyelesaikan segala isu-isu yang dapat merencatkan kelancaran pelaksanaan MLFF ini kelak.

“Pelaksanaan MLFF ini juga diharapkan dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di plaza tol selain memberikan kemudahan dan memastikan keselamatan semua pengguna lebuhraya terjamin.

Pada ketika ini, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka, POC dan MLFF ini masih mengikut jadual dan Kementerian ini sedang giat berusaha memastikan kesemua perancangan dapat dijayakan dengan lancar. Saya memohon kerjasama semua pihak agar dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan di kementerian ini yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini sekaligus memastikan transisi MLFF ini dapat dilaksanakan.” ujar Alexander.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...