AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

478

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima berita gembira menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pengumuman Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182,785,208.18 ini memanfaatkan seramai 68,437 peserta di seluruh Malaysia melibatkan 616 projek untung.

Prestasi bayaran akhir ini dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah (MSM), kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Jumlah agihan keuntungan tahunan projek-projek peserta FELCRA Berhad 2022 telah meningkat kepada RM 501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM 475,207,280 iaitu peningkatan sebanyak 5.54% atau RM 26,349,354.

Bayaran bagi keuntungan boleh agih ini akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini. Langkah FELCRA Berhad yang terus membantu peserta melalui pelbagai program keusahawanan dilihat mampu memberi pendapatan sampingan lumayan kepada para peserta.

Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 diumumkan Zahid ketika menyempurnakan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Simpang Pertang, Jelebu hari ini.

Pada majlis tersebut juga, Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada masjid dan Pusat Tahfiz sekitar DUN Pertang sebanyak RM 86,000 dan agihan duit raya kepada pelajar tahfiz.

Turut diserahkan replika cek berjumlah RM80,000 bagi program Quick Win KEMAS yang melibatkan 20 peserta bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar,

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...