ALOR SETAR 3 April 2023 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah melaksanakan Program Peduli Veteran (PPV) peringkat Negeri Kedah semalam.
Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan tiga (3) lawatan kebajikan serta menyantuni veteran-veteran ATM di sekitar Alor Setar. Program ini adalah merupakan salah satu manifestasi Kementerian Pertahanan dalam usaha memberi fokus berterusan kepada veteran dan keluarga tanggungan khususnya dalam aspek kebajikan. Ia juga merupakan usaha pihak kementerian untuk memastikan agenda tersebut sentiasa diberi keutamaan.
PPV yang dilaksanakan merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukan perhatian dan bantuan. Veteran-veteran tersebut antaranya ada yang mengalami sakit kritikal, uzur serta tinggal dalam keadaan daif. Disamping bertanya khabar, Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan kotak makanan dan sumbangan-sumbangan lain yang bersesuaian dengan keperluan veteran yang dikunjungi ketika itu.
Kunjungan 3 buah rumah adalah seperti berikut:
1. Encik Azizan bin Hashim berusia 71 tahun, terlantar kerana menghidap sakit saraf dan veteran merupakan penerima bantuan lampin pakai buang.
2. Encik Ku Issamuddin bin Ku Saad berusia 65 tahun, menghidap penyakit strok, sakit jantung dan mempunyai masalah buah pinggang tahap empat. Veteran telah diberikan bantuan peralatan pesakit iaitu katil hospital pada tahun 2020.
3. Encik Masrizal bin Ishak berusia 42 tahun terlantar kerana menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan veteran merupakan penerima bantuan susu dan lampin pakai buang.
Melalui program ini juga, lebih ramai veteran ATM yang terkesan berjaya disantuni sekaligus memberi peluang YB Timbalan Menteri Pertahanan bersemuka dan mendengar keluh kesah para veteran secara terus. Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM terus komited untuk melaksanakan PPV dengan sasaran Key Performance Indicator (KPI) 100 Hari Kementerian Pertahanan. Inisiatif meluluskan permohonan baik pulih rumah untuk veteran ATM sebanyak 100 buah rumah merupakan antara salah satu KPI yang disasarkan dan sebanyak 121 rumah telah berjaya dibaik pulih setakat Mac 2023.
PPV kali ini turut diiringi oleh Persatuan Veteran ATM (PVATM), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) serta persatuan-persatuan veteran sekitar Negeri Kedah.
Terdahulu pada 1 April 2023, Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan program yang sama di Pulau Pinang serta berbuka puasa dengan ahli-ahli persatuan veteran setempat di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir. Dalam majlis tersebut
Timbalan Menteri Pertahanan turut meluangkan masa beramah mesra dengan para veteran yang hadir serta turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada persatuan yang hadir. Untuk rekod JHEV ATM menawarkan pelbagai skim bantuan kepada para veteran yang layak iaitu Bantuan Sara Hidup, Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, Bantuan Peralatan Pesakit dan Bantuan Bencana Alam. Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan tiga (3) lawatan kebajikan serta menyantuni veteran-veteran ATM di sekitar Bukit Mertajam dan Permatang Pasir.
Kunjungan 3 buah rumah adalah seperti berikut:
1.Encik Harun bin Udoh, berusia 72 tahun yang menghidap sakit jantung dan strok. Isteri veteran juga telah meninggal dunia pada tahun 2021.
2. Encik Salleh bin Said, berusia 87 tahun yang menghidap sakit saraf akibat daripada kemalangan.
3. Encik Hussin bin Ismail, berusia 57 tahun yang menghidap sakit saraf sehingga menyebabkan kaki tidak boleh bergerak. Veteran merupakan penerima Bantuan Sara Hidup sebanyak RM300.00 sebulan.
Sebagai contoh berdasarkan statistik pada tahun 2022 sebanyak RM36,811,69.50 juta telah dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan RM104,963,919.77 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kemudahan perubatan yang telah memberi manfaat kepada 15,357 veteran manakala sehingga Mac 2023 sebanyak RM2,920,500.00 juta telah dibelanjakan bagi urusan khairat kematian dimana ia meliputi 1,238 permohonan daripada keluarga veteran.
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
- Step into Hong Kong: Experience the “Immersive Hong Kong” Exhibition in Dubai
- ZJLD Awarded the 2024 Hong Kong Corporate Governance and ESG Excellence Award by the Chamber of Hong Kong Listed Companies
Leave a comment