PUTRAJAYA 3 April 2023 – Bagi membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna serta untuk memastikan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen untuk tempoh 8 April 2023 hingga 7 Mei 2023 seperti jadual di bawah:
Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini dibuat meskipun terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah (crude palm oil) untuk bulan Mac berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000.00 per tan metrik.
“Purata harga Minyak Sawit Mentah untuk bulan Mac 2023 adalah RM 4,139 per tan matrik berbanding RM 3,908 per tan matrik pada bulan Februari 2023. Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak.
Pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.” kata KPDN.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment