AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

180

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melepaskan “Flag Off” Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun yang diadakan di Lobi Pejabat Ketua Majlis, Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Salahuddin dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 1500 Bakul RAHMAH dan 6 buah lori telah dilepaskan ke Tambun oleh Perdana Menteri hari ini.

“Untuk pengetahuan umum, KPDN telah melancarkan Inisiatif Bakul RAHMAH melalui Program Payung RAHMAH yang telah diperkenalkan oleh Kementerian pada awal tahun ini bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dan mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini. Sehingga hari ini, sebanyak 26,150 Bakul RAHMAH telah diagihkan ke seluruh Malaysia dengan bantuan sumbangan berbentuk makanan asas daripada Yayasan Global Mesra (YGM).

Kementerian akan menggerakkan Inisiatif Bakul RAHMAH ini dengan kerjasama bersama Rakan Strategik, Pemain Industri (pasar raya) agensi Kerajaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya. Sehingga hari ini, Inisiatif Bakul RAHMAH ini semakin mendapat perhatian ramai terutama syarikat korporat dan hal ini akan diumumkan dari semasa ke semasa. KPDN amat berbesar hati untuk menerima sumbangan berbentuk makanan harian daripada semua pihak untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar.” kata Salahuddin.

Tambah beliau, KPDN berharap lebih ramai pihak industri, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan dapat bersama Kementerian dalam menggembleng tenaga dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar dan seterusnya menjayakan Inisiatif Bakul RAHMAH tersebut.

“Kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang giat aktif membantu melaksanakan Kementerian dalam membantu golongan sasar. KPDN juga amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...