SELANGOR, 25 MAC 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH Bersama SABELLA yang diadakan di HQ SABELLA Holding Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH oleh SABELLA ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan bermula pada 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023.
“Jualan RAHMAH Bersama SABELLA ini merangkumi pelbagai produk pakaian sedia ada untuk dipakai terus (ready to wear) seperti baju kurung, blaus, tudung dan banyak lagi yang masingmasing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 71% berbanding harga jualan murah sedia ada.” kata KPDN dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi Jualan RAHMAH ini, SABELLA akan mengeluarkan sejumlah 700,000 pasang produk pakaian dengan harga bermula serendah RM 8.00 dan ianya boleh didapati di 6 lokasi terpilih iaitu:
I. Sabella HQ, Batu Caves, Selangor;
II. Dewan Kg Melayu Majidee, Johor Bharu, Johor;
III. Dewan Teratai, Shah Alam, Selangor;
IV. Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar, kedah (13/4/2023-20/4/2023);
V. Mydin Tunjong KB, Kota Bharu, Kelantan; dan
VI. Dewan TER, Kuala Terengganu, Terengganu.
“KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh SABELLA ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan kualiti material pada setiap produk. Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.
Selaras dgn hasrat kerajaan untuk mendaya upakan rakyat dalam menjana pendapatan bagi mengurangkan kos sara hidup yang makin meningkat, SABELLA turut memperkasa 250,000 orang ‘dropship’ yang majoritinya terdiri daripada suri rumah golongan B40 di seluruh Malaysia.” jelas KPDN.
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
- Step into Hong Kong: Experience the “Immersive Hong Kong” Exhibition in Dubai
- ZJLD Awarded the 2024 Hong Kong Corporate Governance and ESG Excellence Award by the Chamber of Hong Kong Listed Companies
- Japan’s first overseas JOYPOLIS SPORTS flagship complex opens in Kai Tak Sports Park
Leave a comment