Batu Caves, 20 Mac 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan dan Pengumuman Malaysia Book of Records (MBOR). Program ini merupakan salah satu program berimpak tinggi yang melibatkan kerjasama antara AKPK dan JPPKK bagi meraikan Global Money Week (GMW) yang sedang berlangsung bermula dari semalam sehingga 26 Mac 2023 dan disambut di seluruh dunia dengan tema pengurusan kewangan – “Plan Your Money, Plant Your Future”.
Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya dalam konteks pemerkasaan pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar Insitutusi Pendidikan Tinggi (IPT). Sebanyak 36 politeknik dan 105 kolej komuniti yang terdiri daripada pelajar dan staf telah menyertai program ini secara serentak sekaligus berjaya melakar sejarah mencatatkan seramai 38,847
penyertaan seterusnya mengesahkan pencapaian ini dan berjaya direkod di dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Maka, program yang dijalankan semalam amat bertepatan dalam membantu meningkatkan kesedaran bukan hanya kepada pelajar, tetapi kepada
semua warga politeknik dan kolej komuniti di seluruh Malaysia tentang pengurusan kewangan peribadi yang lebih cekap.
Pengumuman Malaysia Book of Records ini telah diumumkan ketika Majlis Penutup Program Literasi Kewangan Global Money Week dan Pengumuman Malaysia Book of Records yang disempurnakan oleh Ts. Zainab binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK di Kolej Komuniti Selayang, disini.
Turut hadir pada majlis penutup ini ialah Encik Azaddin bin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti serta Pegawai-pegawai Kanan AKPK.
- It’s green here too
- Woh Hup Celebrates 88 Years of Bringing Asian Flavours to the World
- OneConnect Releases Q3 2024 Results with Net Profit attributable to Parent Company Reaching RMB110 million
- Sheffield Green Opens Offshore Wind Training Centre in Taiwan Chiayi
- Eude Technology Establishes Strategic AI Research Partnership with Nanyang Technological University
Leave a comment