KUCHING, 7 Mac 2023 – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN), Datu Dr. Sabariah Putit di kediaman rasmi, Demak Jaya, pagi tadi.
Tujuan kunjungan hormat adalah untuk memaklumkan beliau bersama-sama dengan beberapa orang pegawai yang baharu dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli-ahli SPAN bermula pada 1 Januari yang lalu.
“Tun Taib amat bersyukur dan berbangga dengan perkembangan serta kemajuan Sarawak hari ini apabila mengimbau kembali keadaan pada suatu ketika dahulu.
“Tun Taib juga merasakan negeri kita tidak ada masalah sungguhpun terdiri daripada pelbagai bangsa di dalam memastikan perkhidmatan awam negeri dijaga dengan baik dan dapat menyokong amanat kerajaan negeri dan hala tuju negeri yang diterajui oleh Premier Sarawak,” kata Dr. Sabariah yang ditemui media selepas sesi kunjungan hormat.
Beliau memberitahu, SPAN akan memastikan usaha, harapan dan mandat yang diberikan kepada SPAN dapat dilaksanakan dengan baik.
“Dengan mandat dan sokongan padu ini, kita dapat melaksanakan tugasan kita untuk memastikan penjawat awam yang dilantik adalah yang berasaskan meritokrasi dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang baik,” tambah Dr. Sabariah lagi.
Turut hadir semasa kunjungan hormat adalah Ahli-ahli SPAN yang baharu terdiri daripada Datu Chaiti Bolhassan, Datu Nicholas Sia, Datu Simoi Peri, Abdul Rahman Sebli, Dr. Robert Menua, Yussibnosh Balo, Alexander Vincent, Liew Jiu Ming dan Alexander Unya sebagai Timbalan Pengerusi.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment