Home AM Punca kerosakan adalah “ground movement”
AMIsu SemasaMY LNAPengangkutan

Punca kerosakan adalah “ground movement”

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyatakan bahawa siasatan ke atas kerosakan struktur viaduct dan pier yang retak berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang telah mengakibatkan penggantungan perkhidmatan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya semenjak 27 Januari 2023, telah selesai dijalankan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa hasil siasatan menunjukkan bahawa kerosakan kepada tiga struktur viaduct dan pier telah diakibatkan oleh “ground movement” yang dipercayai daripada kerja-kerja di tapak pembinaan bersebelahan.

“Seperti yang telah dinyatakan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 27 Januari 2023, kerja-kerja tersebut telah mula dijalankan tanpa sebarang perundingan dengan APAD di bawah Peraturan-Peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998 [P.U. (A) 367].

Pihak Prasarana kini dalam proses melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja baikpulih yang akan dimulakan pada awal bulan Mac dan dijangka akan mengambil masa sehingga tujuh bulan.

Tempoh ini merangkumi dua bulan untuk kerja-kerja baikpulih sementara (temporary works) bagi mengukuhkan struktur dan lima bulan untuk kerja-kerja baikpulih secara menyeluruh.” jelas Prasarana.

Tambah Prasarana, kerja-kerja baikpulih tersebut akan mengambil masa kerana siasatan menunjukkan kerosakan kepada struktur yang terjejas menimbulkan risiko keselamatan yang amat serius.

Katanya, sementara kerja-kerja baikpulih dijalankan, perkhidmatan alternatif yang telah diperkenalkan semenjak 27 Januari 2023, termasuk perkhidmatan bas perantara, akan diteruskan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

BizMY LNA

RESPA MALAYSIA and Glide Technology Sdn Bhd signed partnership MOU

KUALA LUMPUR 23 March 2023 – RESPA MALAYSIA signed a historic accord...

AMMY LNA

Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN baharu

PUTRAJAYA 24 Mac 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri...

Alam SekitarHighlightsMY LNA

Penyertaan Malaysia Ke Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023

Dunia memberi perhatian kepada agenda air dan Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu...