Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Kolaborasi TNB dan PLUS Sedia 18 Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron Di 9 R&R Sepanjang Lebuh Raya

261

AYER KEROH, 16 Februari 2023 – Pemilik kenderaan elektrik yang menggunakan rangkaian Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menikmati perjalanan yang lebih selesa apabila 18 kemudahan pengecas TNB Electron disediakan kepada mereka menjelang hujung tahun ini, hasil kolaborasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PLUS dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pada ketika ini, kemudahan pengecas TNB Electron disediakan di 3 buah R&R iaitu Ayer Keroh (Arah Utara), Tapah (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Paka (Arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Enam lagi TNB Electron sedang dibangunkan di R&R Machap (Arah Selatan), Rawang (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Gurun (Arah Utara dan Selatan) dan Paka (Arah Selatan) yang dijangka siap pada tahun ini.

Kolaborasi TNB dan PLUS ini adalah sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju negara neutral karbon.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. Baharin Din, “Penggunaan tenaga elektrik di 9 TNB Electron itu yang dianggarkan sebanyak 99,000 kWh elektrik sepanjang tahun 2023 akan dapat menghindari pelepasan 7.2 tan metrik karbon dioksida dalam tempoh yang sama. Ini adalah bersamaan dengan pemerangkapan gas rumah hijau oleh 8.5 ekar hutan setahun.”

“Pembangunan industri EV adalah sebahagian daripada komitmen TNB untuk memberi tumpuan terhadap usaha penyelesaian tenaga lestari di peringkat nasional dan antarabangsa. Agenda Peralihan Tenaga TNB menyasarkan tenaga sifar bersih pada tahun 2050 melalui pengurangan 35% intensiti pelepasan karbon menjelang 2035,” katanya.

TNB, katanya, telah menjadikan pembangunan ekosistem EV sebagai antara empat inisiatif mempercepatkan pacuan Peralihan Tenaganya dalam usaha meningkatkan komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah PLUS dan Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Dato’ Mohd Izani Ghani, “PLUS sebagai pengendali infrakstruktur lebuh raya yang utama negara berganding bahu bersama TNB dan menggunakan kepakaran teknologi sumber tenaga mereka untuk ditawarkan dan dinikmati oleh pengguna lebuh raya kami.”

“Sehingga Januari tahun ini, sebanyak 20 kemudahan pengecas pantas telahpun beroperasi di sepanjang Lebuhraya PLUS. PLUS juga bersedia untuk menambah lebih banyak kemudahan ini di R&R yang lain,” tambah beliau.

Menurut Dato’ Mohd Izani lagi, “Kami juga yakin bahawa Pengecas TNB Electron ini akan dapat memberikan lebih pilihan kepada pemilik kenderaan elektrik di Lebuhraya PLUS dengan kos yang lebih efektif.

Justeru, beberapa inisiatif turut dilaksanakan melalui kerjasama kedua-dua belah pihak dengan tumpuan memperluaskan lagi penyelesaian kWh, kenderaan elektrik, Tenaga Boleh Baharu serta inisiatif tenaga hijau termasuk pemasangan bumbung solar dan sistem pemantauan tenaga sebagai pelengkap inisiatif Kelestarian Alam Sekitar PLUS.

PLUS dan TNB akan meneruskan perbincangan berkaitan mobiliti rendah karbon dan meningkatkan kecekapan tenaga dengan mengoptimumkan kos elektrik di samping menyokong sumber tenaga hijau.

Majlis pelancaran operasi kemudahan pengecas kenderaan elektrik TNB Electron pertama di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh (Arah Utara) di Lebuhraya PLUS telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raja, Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. Baharin Din, Ahli Lembaga Pengarah PLUS dan Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Dato’ Mohd Izani Ghani serta Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga (Chief Strategy & Ventures Officer) TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Bagi penggunaan TNB Electron, sila muat turun Aplikasi GO TO-U dan untuk maklumat lanjut, layari https://www.tnbx.com.my/ev-charging-platform.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...