SUBANG JAYA, 31 Januari 2023 – Inisiatif Menu RAHMAH yang telah diumumkan pada Jumaat lepas, telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor hari ini.
Menurut KPDN, pelancaran Menu RAHMAH tersebut merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).
“Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan. Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
Menu RAHMAH ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yanag akan diperluaskan diseluruh negara dalam masa terdekat.” kata KPDN.
Pasar Raya MYDIN turut menyumbang 5,000 pek Menu RAHMAH kepada 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara yang terdiri daripada golongan (B40).
Justeru, KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi tersebut.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment