AMBM @ MY LNAWanita @ My LNA

LPPKN dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak rintis kerjasama saringan kanser serviks

263
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, di perasmian Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita ( WCaRe) 2023. Kredit Foto LPPKN

LUNDU, 29 Januari 2023 – LPPKN dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah merintis kerjasama bagi melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA bagi tujuan pengesanan awal kanser serviks. Program kerjasama ini akan dilaksanakan sepanjang tahun ini sebagai kesinambungan kempen kesedaran kanser reproduktif wanita atau WCaRe.

Menurut LPPKN dalam satu kenyataan semalam, tujuan utama pelaksanaan kempen WCaRe adalah untuk meningkatkan kesedaran semua pihak terutamanya wanita terhadap kepentingan melakukan saringan awal bagi mengesan kanser serviks dan kanser payudara supaya langkah pencegahan dan rawatan yang sesuai dapat dilaksanakan sewajarnya untuk mereka yang memerlukan.

“Wanita berumur 30 tahun dan ke atas adalah kumpulan yang paling berisiko mendapat kanser serviks. Ujian HPV DNA yang dilaksanakan oleh LPPKN menggunapakai kaedah yang membolehkan wanita mengambil sampel sendiri menggunakan Kit Ujian HPV DNA yang akan dibekalkan,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, dalam ucapan perasmian Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita ( WCaRe) 2023, di sini.

Sejumlah 49 buah Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN di seluruh negara turut melaksanakan Kempen WCaRe selain program outreach yang diselaraskan melalui pejabat LPPKN negeri bagi memastikan Kempen WCaRe mendapat liputan meluas serta seramai mungkin rakyat menerima manfaat daripadanya.

“Bagi wanita di negeri Sarawak, boleh berkunjung ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN di Kuching, Sibu dan Miri untuk mendapatkan saringan percuma yang ditawarkan.” kata LPPKN.

Maklumat mengenai kesedaran betapa pentingnya membuat saringan awal bagi mengesan Kanser Serviks dan Kanser Payudara ini telah dihebahkan dan dipromosikan melalui pelbagai saluran seperti media arus perdana, media sosial, dan program-program outreach dan bersempena Januari sebagai Bulan Kesedaran Kanser Serviks, Kempen WCaRe telah berjaya menyampaikan maklumat dan informasi berguna berkaitan kesedaran saringan awal kanser reproduktif kepada hampir 2.1 juta sasaran.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...