AMBM @ MY LNAJenayah

PDRM berjaya tumpaskan sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian

741

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2023 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian melalui serbuan yang dijalankan di dua alamat berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur pada 26 Januari 2023.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui serbuan tersebut, empat (4) individu berusia 26 hingga 45 tahun yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua (2) perempuan tempatan serta seorang perempuan pemastautin tetap telah berjaya ditahan.

“Turut dirampas adalah enam (6) unit telefon bimbit, dua (2) kad ATM, satu (1) kad akses dan tujuh (7) helai salinan perbualan Whatsapp yang disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan jual beli barang kemas secara dalam talian.

Melalui siasatan yang dilakukan, sindiket ini dipercayai aktif menjalankan penipuan sejak pertengahan tahun 2022. Sindiket ini mewujudkan kumpulan (group) melalui aplikasi Telegram dan Instagram bagi mengiklankan barang kemas dan seterusnya mencari mangsa.” jelas PDRM.

Antara group yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut :

i. Aplikasi Telegram – emas harga lelong, kedai emas merchant lelong, kedai emas harga lelong, kedai emas Mira gold, kedai lelong emas Rozita 916, kedai emas harga lelong Shah Alam, emas murah Taufik dan kedai emas Zakaria; dan

ii. Aplikasi Instagram – kedai emas lelong Maya 916, emas lelong Anuar, kedai emas lelong 916, emas murah sangat dan emas Rozita Ipoh.

Tambah PDRM, mangsa yang berminat dengan barang kemas yang diiklankan akan dihubungi oleh ahli sindiket dan diarahkan untuk membuat pembayaran ke akaun tertentu. Namun setelah pembayaran dilakukan, barang kemas yang dijanjikan tidak diterima oleh mangsa.

“Kesemua individu yang ditahan disyaki berperanan sebagai dalang utama dan pemilik keldai akaun yang digunakan dalam kegiatan penipuan tersebut. pihak pdrm percaya melalui penahanan sindiket ini, sekurang-kurangnya enam (6) kes berkaitan telah berjaya diselesaikan melibatkan jumlah kerugian keseluruhan berjumlah rm17,100.

Kesemua mereka sedang menjalani tahanan reman selama dua (2) hari sehingga 28 Januari 2023.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.” kata PDRM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...