AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNA

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

278
Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Kredit Foto UKK KKDW

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang kukuh sebagai teras utama kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KKDW, melalui ekosistem TVET yang kukuh, beliau percaya ia akan meningkatkan lagi keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan untuk melonjakkan modal insan berkemahiran tinggi dalam masyarakat.

“Pemerkasaan TVET ini antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB kali ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai antara pilihan utama pendidikan dan kerjaya belia luar bandar selain menyentuh program-program berimpak tinggi TVET@KKDW.

Sebagai contoh, program TVET Komuniti adalah sebahagian inisiatif TVET yang berbentuk kemasyarakatan untuk dibudayakan secara meluas di seluruh negara. Ini termaksuklah juga, program TVET Junior, Program TVET Tahfiz, Program TVET Aras Tinggi, Program Teknousahawan TVET, Program Pendigitalan TVET yang akan menjadi kerangka asas KKDW memartabatkan TVET seterusnya memenuhi permintaan pasaran.

Mesyuarat kali ke-55 juga menyentuh hala tuju pelaksanaan projek dan program pembangunan Kementerian yang berupaya meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar bagi mengatasi isu kesenjangan pendapatan juga peningkatan kos sara hidup.” kata Ahmad Zahid.

MEXCLUB adalah platform perbincangan secara membina di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan persefahaman dalam melaksanakan agenda luar bandar berpandukan visi Malaysia Madani.

“Ia juga selaras dengan konsep DESA di mana masyarakat desa akan diperkasa untuk mengambil peranan aktif dalam membentuk dan membangunkan masa depan mereka sendiri bagi membolehkan kawasan desa Malaysia memiliki akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, peluang ekonomi dan infrastruktur terbaik bersandarkan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).

Justeru, bagi mencapai wawasan ini, KKDW akan merencana dan melaksanakan program dan projek kemajuan desa yang progresif melibatkan seluruh komuniti desa dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi, termasuk memastikan tadbir urus terbaik dalam pentadbiran Kementerian dan setiap agensi di bawahnya.

Program pembangunan desa ini juga tidak hanya berpaksikan kepada pembangunan fizikal, namun turut diimbangi dengan pembangunan modal insan yang meliputi nilai, etika dan adab.” tambah beliau.

MEXCLUB kali ini dihadiri Exco Luar Bandar Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kedah, Melaka, Perak, Johor dan Perlis.

Manakala Exco Luar Bandar Sarawak diwakili Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Exco Luar Bandar Kelantan diwakili oleh Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan. Manakala Exco Luar Bandar Sabah diwakili oleh Pembantu Menteri II, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...