AMBM @ MY LNA

Kerajaan Malaysia Wajar Panggil Duta Sweden Dan Belanda Berikan Penjelasan

339

25 Januari 2023 – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa agar Kerajaan Malaysia memanggil duta Sweden dan Belanda ke Malaysia bagi memberi penjelasan terhadap ahli parlimen berhaluan kanan mereka yang membakar Al Quran dan penghinaan serangan keji seorang anti Islam di The Hague.

“Perkara ini amat serius dan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan boleh membawa kepada ketidakharmonian agama di seluruh dunia.

Nila setitik, rosak susu sebelanga tak mengapa lagi. Ini membakar Al Quran, kalam Allah yang Maha Agong dan amat disanjung oleh umat Islam. Perkara yang tidak dapat diterima oleh orang Islam seluruh dunia.

Saya menganggap mereka ini golongan tidak berotak dan bertamadun. Mengangungkan kebebasan bersuara, tetapi langsung tidak berakal dalam membuat sesuatu perkara dan keputusan.” kata Muhamad Muqharabbin.

Tambah beliau, jangan kerana Islam semakin diterima diseluruh dunia kerana kebenarannya, golongan tersebut mula gusar dan takut dengan perkembangan Islam.

“Seharusnya, mengambil pendekatan dengan mendampingi dan memahami Islam ini sendiri yang terang-terang menentang keganasan, menentang kezaliman, penindasan, pembunuhan dan jauh sekali membenci agama dan bangsa lain didunia ini. Kerana sesungguhnya tiada paksaan dalam Islam dan Islam sentiasa menghormati hak dan kebebasan beragama.

Sebagai umat Islam, kami diajar untuk tidak membenci dan mencaci agama lain kerana bagi kami agama kami, dan bagi mereka agama mereka. Percayalah kepada agama dan kepercayaan masing-masing dan saling hormat sesama bangsa.

Saya amat berharap agar kerajaan dapat meminta duta Sweden fan Belanda agar mengambil maklum perkara ini dengan setegas tegasnya.” tegas Muhamad Muqharabbin.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...