Home Gaya Hidup Muzik dan Hiburan Interprestasi Muzik Ne-Yo Bikin Peminat Histeria
Muzik dan HiburanMY LNA

Interprestasi Muzik Ne-Yo Bikin Peminat Histeria

Foto Kredit Hitman Solutions

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2023 – Sunway Lagoon menjadi saksi kehebatan Ne-Yo 12 tahun dahulu.  Tanggal 21 Januari lalu Ne-Yo tampil sekali lagi dengan konsert Ne-Yo Live In Malaysia di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),

Penyanyi yang bernuansakan muzik R&B dari Amerika Syarikat itu pernah menominasi tiga trofi Anugerah Grammy itu tampil bergaya menerusi konsert kali ini, malah kehadirannya telah menambat lebih 2900 peminat untuk terus ‘pegun’ menyaksikan kehebatan penyanyi yang cukup santai tetapi memiliki tenaga yang cukup berbisa.

Konsert bermula seawal pukul 8.30 malam itu dibawakan khas oleh penganjur Hitman Solutions dan Happymoon.  Usai menyapa hadirin Ne-Yo tampil dengan lagu paling hit Miss Independent, So Sick, Sexy Love, Do You, Closer, Because Of You, One In A Million dan She Knows.Tanpa dipinta penonton yang hadir seakan histeria dengan lontaran lagu-lagu yang nyata cukup untuk mengajak mereka bernyanyi bersama.

Tiga penari yang melatari persembahan Ne-Yo sudah pasti sedikit sebanyak menghidupkan persembahannya. Ne-Yo kemudiannya mempamerkan kekuatan vokalnya yang mengasyikan melalui segmen akustik mendendangkan lagu Do You, Mad dan You Should Let Me Love You, diikuti dengan beberapa segmen lain memberi kepelbagaian mood persembahan ketika konsert.

Beliau turut mempersembahkan lagu-lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh  penyanyi lain seperti Take A Bow (Rihanna) dan Irreplaceable (Beyonce). Inilah kehebatan pemilik nama benar Shaffer Chimere Smith itu mempunyai kelompok peminat tegar sejak mula terbabit dalam industri muzik sekitar akhir 1990-an.

Walaupun dewan konsert menyediakan tempat duduk, ini bukanlah penghalang bagi penonton untuk turut berdiri dan bergembira sepanjang berlangsungnya persembahan.

Deretan lagu-lagu yang disusun secara konsisten, berkesinambungan di antara album-album beliau seolah-olah membawa khalayak terbang mengamit nostalgia, menari dan terus bermeditasi bersamanya.

Ne-Yo tampil dengan 20 buah lagu antaranya Don’t Love Me, What If, You Got The Body dan U 2 Luv.  Ne-Yo mengakhiri persembahan dengan lagu Let’s Go, dan dua buah lagu saduran daripada Pitbull iaitu Give Me Everything dan Time Of Our Lives.

“Classis, classic..future classic..do you know this song”, antara ungkapan yang sentiasa di lafazkan yang turut mengundang persoalan di kalangan peminat, namun semuanya terjawab usai lagu tersebut dipersembahkan.

Persembahan selama lebih 80 minit seakan tiada klimaks kerana tiada momen kosong daripada Ne-Yo yang membawakan bukan sahaja lagu-lagu ciptaannya sendiri bahkan hasil ciptaan untuk artis-artis terkemuka yang lain mempamerkan sisi berbeza dirinya sebagai penulis lagu dan juga komposer berbakat, apatah lagi celoteh beliau yang sentiasa segar dan bertenaga.

Konsert Ne-Yo Live In Malaysia juga adalah sebahagian daripada siri jelajah dunia termasuk di Asia Tenggara bersempena kelahiran album ke 9 nya, Self Explanatory, yang telah diriliskan pada julai tahun 2022.

Selain Kuala Lumpur, penyanyi itu terlebih dahulu akan singgah ke Jakarta, Indonesia pada 17 Januari 2023, sebelum mengadakan konsert di Manila, Filipina.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat

27 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua meningkat

26 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...

AMCuacaHighlightsMY LNA

Armizan lawat mangsa banjir di Segamat

25 Januari 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah,...