PUTRAJAYA 21 JANUARI 2023 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan bahawa Menterinya Tuan Haji Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) yang diketuai Encik Tan Chee Hee, Presiden FLFAM pada Khamis, 19 Januari 2023 di Putrajaya. Ia diadakan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur.
Beberapa isu yang dibangkitkan FLFAM telah dibincangkan bersama seperti berikut :
i. Harga kawalan dalam tempoh yang panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat
ii. Keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup
iii. Isu aliran tunai di kalangan penternak
iv. Jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran.
“Dalam pertemuan tersebut FLFAM telah memberi jaminan kepada MAFS bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini. Mereka juga telah menyatakan komitmen dan jaminan ini dalam siaran media FLFAM pada Jumaat, 20 Januari 2023.
FLFAM turut menzahirkan penghargaan mereka kepada Kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna dan industri di Malaysia berikutan pelbagai cabaran yang wujud dalam proses rantaian bekalan makanan di seluruh dunia.” kata MAFS.
Pertemuan tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha MAFS Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MAFS dan Pegawai-pegawai Kanan MAFS.
- MET Targeting Therapies Market Set for Significant Growth by 2034: Key Trends and Insights | DelveInsight
- Grow With Us Learning Academy Collects Donations for Local Food Drives Across Florida
- AGR Technology Celebrates Four Years of Digital Innovation and Comprehensive Solutions in Australia
- The UK Fast Growth Index Reveals The 200 Fastest Growing Firms in the UK
- ORO Launches as First App Built on Fasset’s L2 Network, Unlocking $1B of Tokenized Gold On-Chain
Leave a comment