BERA 21 Januari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan walaupun “tsunami” telah melanda ketika Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, kawasan Parlimen Bera yang diwakilinya tidak terkesan.
Malah katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau baru-baru ini, DUN dan Parlimen Bera menang berganda.
“Tanpa warga Bera…siapa lah saya… Program bersama-sama warga Bera tetap dilaksanakan. Walau sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran dari pelbagai bangsa. Program Majlis Kesyukuran Parlimen Bera hari ini adalah bagi meraikan Keluarga Bera yang menjadi tunjang perjuangan saya selama ini…
Terima kasih kepada jentera BN dan warga Bera… Walaupun “tsunami” berlaku di seluruh negara, namun Bera tidak terkesan… DUN & Parlimen Bera menang berganda…” ujar Ismail Sabri.
Seterusnya, beliau turut berkongsi video lawatan beliau ke rumah salah seorang penerima Rumah Rakyat Pahang di Kuala Triang.
“Alhamdulillah…Rumah Rakyat Pahang ini luas dan selesa untuk diduduki. Turut menyerahkan barang keperluan rumah daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada penerima rumah…
Semoga rumah baharu ini memberi anjakan lebih baik dan meningkatkan kesejahteraan yang berpanjangan.” ujarnya,
- Woh Hup Celebrates 88 Years of Bringing Asian Flavours to the World
- OneConnect Releases Q3 2024 Results with Net Profit attributable to Parent Company Reaching RMB110 million
- Sheffield Green Opens Offshore Wind Training Centre in Taiwan Chiayi
- Eude Technology Establishes Strategic AI Research Partnership with Nanyang Technological University
- Five Overseas Cities Win This Year’s Shanghai Award for Sustainability
Leave a comment