Home AM “Pulau” adalah sebuah filem seram – LPF
AMIsu SemasaMuzik dan HiburanMY LNA

“Pulau” adalah sebuah filem seram – LPF

Sumber foto Youtube

21 JANUARI 2023 – Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk “Pulau” yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial.

Jelas LPF treler filem ”Pulau” telah ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet), maka didapati bahawa kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF.

“LPF melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.

Di dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010 yang merangkumi aspek-aspek seperti berikut iaitu i. Keselamatan dan Ketenteraman Awam; ii. Keagamaan; iii. Sosiobudaya; dan iv. Ketertiban dan Ketatasusilaan.” kata LPF.

Tambah LPF, filem “Pulau” adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.

“LPF mendapati bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan. LPF menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan dengan penapisan filem di negara ini. LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

HighlightsMY LNAPendidikan

Program Literasi Kewangan Sempena Global Money Week 2023 Dan Pengumuman Malaysia Book Of Records (MBOR)

Batu Caves, 20 Mac 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti...

BizMY LNA

KOPERASI GTR & SIME DARBY OILS JALIN KERJASAMA PERKENAL MARJERIN EKSKLUSIF JENAMA ALIF UNTUK GTR BURGER

PETALING JAYA, 20 Mac 2023 – Koperasi GTR dan Sime Darby Oils...

HighlightsMY LNASains, Teknologi & KomunikasiSekuriti Makanan

Tapak Akuaponik Berteknologi Nano – Floraponic Farm Malaysia @ Manong

MANONG, PERAK, 19 Mac 2023 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),...