20 Januari 2023 – Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan bahawa program “skrin besar” yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 telah berjaya menarik lebih 150,000 orang pengunjung di 60 lokasi seluruh negara.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, program yang berlangsung pada 7 Januari 2023 dihadiri 62,800 penonton di 17 lokasi tayangan manakala seramai 87,710 orang menyaksikan Separuh Akhir Kedua pada 10 Januari 2023 di 43 lokasi, termasuk 18 universiti awam.
“KBS menganjurkan program ini berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan Malaysia vs Thailand, tidak dapat digunakan disebabkan isu tempahan antara perlawanan bola sepak dengan konsert Jay Chou. Kedua-dua program ini mempunyai jumlah peminat yang besar dan kepentingan kedua-dua pihak perlu dijaga.
Justeru, KBS telah bertindak pantas dengan mengambil inisiatif menganjurkan Program Skrin Besar’ yang bertujuan memberi peluang kepada penyokong bola sepak negara menonton perlawanan tersebut secara langsung melalui skrin besar bersama komuniti setempat.
Berikutan sambutan positif oleh peminat sukan, KBS berhasrat untuk meneruskan Program Skrin Besar pada masa akan datang bagi menambahkan akses kepada peminat sukan untuk menyaksikan acara sukan secara langsung.” kata Hannah.
Program Skrin Besar dijalankan dengan kerjasama strategik KBS bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Majlis Sukan Negara (MSN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment