MELAKA, 17 Januari 2023 – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerusi Biro Ekonominya berhasrat untuk membantu usahawan dibawahnya untuk meluaskan empayar perniagaan mereka bukan sahaja di peringkat domestik malah produk mereka akan turut dipasarkan di peringkat global.
Menyedari perkara ini, Pengerusi Biro Ekonomi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datin Seri Azreen Abu Noh menjelaskan bahawa DMWorld merupakan platform terbaik bagi usahawan tempatan memasarkan produk mereka.
“Sehingga kini terdapat 50 usahawan yang telah berdaftar dan kita telah mengenal pasti 13 produk yang menepati standard yang digariskan oleh DMDI untuk diperkenalkan kepada global. DMDI yang memiliki keanggotaan sebanyak 23 buah negara, lantaran itu dibawah jenama DMWorld pihak kami akan membantu para usahawan untuk menjual produk mereka”, ujarnya.
DMWorld menerusi rangkaian perusahaan DMMart dan DMFresh turut mensasarkan jualan sehingga RM3 juta pada tahun ini.
“Sehingga kini kami memiliki 4 buah yang dijenamakan sebagai DMMart, ianya merupakan kedai serbaneka di mana hampir kesemua produk usahawan tempatan di bawah DMDI diletakkan di DMMart untuk pasaran tempatan”,katanya.
“DMFresh yang akan diperkenalkan pada bulan hadapan pula berorentasikan pasar segar di mana ianya merangkumi produk-produk dari ladang, sayur-sayuran dan produk tenusu oleh usahawan ladang yang berdaftar di bawah DMDI”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program dan Pengenalan Produk Usahawan DMWorld di DMMart Bukit Beruang pada 17 Januari lalu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Beliau turut menggesa kepada usahawan tempatan untuk mendaftar dengan DMDI agar produk yang dihasilkan dapat di perkenalkan kepada umum selain membuka ruang untuk memasarkannya di luar negara.
Dalam majlis yang sama turut berlangsung pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia Franchise And Digital Association (MFDA) yang diwakili Datuk Paduka Seri Hasnizal Hassan dan Zurif And Sons Sdn Bhd diwakili Datin Seri Azreen Abu Noh di saksikan Tun Seri Setia Mohd Ali.
- Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat
- A Turning Point In Vietnam’s HealthTech: VinBrain Announces Collaboration with Microsoft To Expand AI-Powered Healthcare to Patients Worldwide
- beIN SPORTS To Exclusively Broadcast Formula One In 10 Territories In Asia
- Amazon Web Services powers Bondee to take the Asia social media scene by storm
- Singapore firms can now tap on Temus-IMDA’s talent conversion programme to fill tech roles
Leave a comment