16 Januari 2023 – YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof menafikan terbabit dalam pelaburan patuh syariah seperti poster yang tular di media sosial.
Beliau menjelaskan bahawa poster tersebut adalah palsu dan menegaskan bahawa dirinya tidak terlibat dengan pelaburan tersebut di samping tidak pernah memberikan keizinan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya bagi tujuan berkenaan. Poster palsu yang sama juga pernah disebarkan melalui media sosial sebelum ini dan laporan polis telah dibuat pada 3 September 2022 berhubung penyebaran poster tersebut.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan mempercayai maklumat yang tidak pasti kesahihannya sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment