AMBM @ MY LNAUTAMA

Penyemakan Kadar Fi Akuan Berkanun Di Bawah Akta Berkanun 1960 [Akta 783]

131
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- Undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said. Sumber Foto FB Rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

PUTRAJAYA, 13 Januari 2023 – Kerajaan telah bersetuju menyemak semula kadar fi akuan berkanun (statutory declaration) mengikut peruntukan seksyen 4, Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783].

Kali terakhir fi akuan berkanun ini ditetapkan adalah pada 4 Mac 1993 iaitu hampir 30 tahun dahulu, melalui warta P.U.(A) 78/93. Fi yang ditetapkan ketika itu adalah sebanyak RM4.00 bagi akuan berkanun dan RM2.00 bagi ekshibit dalam akuan berkanun tersebut.

Pada 13 Januari 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah menandatangani Perintah (Bayaran) Surat Akuan (Pindaan) 2023, di mana kedua-dua kadar tersebut telah disemak semula kepada RM10.00 berkuat kuasa pada 16 Januari 2023.

Kadar baru fi ditetapkan berdasarkan semakan dan kajian terperinci yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan pihak berkepentingan dan Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (PESUMA).

“Penetapan terakhir kadar fi akuan berkanun adalah pada tahun 1993. Oleh itu, Kerajaan telah menyemak semula kadar ini selepas mengambil kira aspek perkembangan ekonomi, kadar inflasi, kenaikan kos operasi, kenaikan fi pelantikan Pesuruhjaya Sumpah dan perbandingan dengan kadar di negara-negara lain,” kata Menteri.

Kerajaan ingin merakamkan penghargaan ke atas usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh PESUMA dan berharap Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Sumpah akan meneruskan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

CHARM terima RM80,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...