Home AM KPKT lulus peruntukan RM2 juta bina Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan naik taraf Pasar Besar Ipoh
AMEkonomiMY LNA

KPKT lulus peruntukan RM2 juta bina Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan naik taraf Pasar Besar Ipoh

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (YB KM). Kredit foto UKK KPKT

IPOH, 14 Januari 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan menaik taraf Pasar Besar Ipoh, Perak.

YB KM mengumumkan perkara tersebut semasa siri walkabout beliau ke Pasar Besar Ipoh dan Pasar Pasir Pinji, Ipoh, Perak hari ini.

Menurut KPKT, dalam lawatan tersebut, YB KM telah menyerahkan surat kelulusan Projek Pembinaan Pasar Sementara Pasar Pasir Pinji dan surat kelulusan Projek Naik Taraf Pasar Besar Ipoh kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai penempatan tapak perniagaan sementara buat 229 peniaga sehinggalah siap pembinaan Pasar Pasir Pinji yang baharu kelak.

“Pelaksanaan projek bernilai RM1 juta ini akan memberi kemudahan dan manfaat kepada para peniaga dan pengunjung pasar khususnya penduduk setempat. Manakala, projek naik taraf Pasar Besar Ipoh yang turut bernilai RM1 juta akan melibatkan kerja-kerja baik pulih lantai pasar basah dan kerja-kerja yang berkaitan.” kata KPKT dalam satu kenyataan hari ini.

Pasar Pasir Pinji yang berusia lebih daripada 50 tahun ini merupakan pasar lama yang uzur dan daif. Justeru, pembangunan semula pasar ini secara amnya, dapat menyumbang kepada peningkatan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat. Selain itu juga, pembangunan semula ini dapat meningkatkan kualiti serta taraf kemudahan pasar dan perkhidmatan awam yang berkaitan, menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan ruang parkir kenderaan yang mencukupi kepada para peniaga dan pengunjung pasar serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pasar.

KPKT turut bersedia untuk menimbang permohonan bagi membina semula pasar-pasar awam kepada Majlis Bandaraya Ipoh.

“Untuk makluman, Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan kerja-kerja naik taraf Pasar Tanjung Rambutan pada tahun 2013 dan Pasar Ayam dan Parkir Bertingkat Ipoh pada tahun 2017. Diharapkan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan dan naik taraf Pasar Pasir Pinji dan Pasar Besar Ipoh ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada seluruh penduduk setempat.” ujar KPKT.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat

27 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMGempa Bumi

Gempa bumi sederhana berlaki di Sichuan, China. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

26 JANUARI 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu...

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua meningkat

26 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...