Home AM Op Selamat: Bukan Cari Salah Laku Pengguna Jalanraya
AMMY LNA

Op Selamat: Bukan Cari Salah Laku Pengguna Jalanraya

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain Majlis Pelancaran Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) pada 13 Januari. Kredit Foto Nazrulazuad

MELAKA, 13 Januari 2023  –   Op Selamat ke-19 yang dilancar Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan bertujuan mencari atau menahan pesalah trafik tetapi ianya lebih kepada mendidik pengguna jalan raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa operasi itu termasuk penggunaan alat pengesan had laju (In-Car Radar) Sistem Kompaun Dalam Talian Pintar (iCOPS), penggunaan dron bertujuan menahan pesalah.

“Pelancaran Op Selamat selama l0 hari bermula 14 Januari ini bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan ditetapkan”, ujar beliau ketika di temui media pada Majlis Pelancaran Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) pada 13 Januari lalu.

Selain itu pihaknya sudah mengenal pasti 30 lokasi ‘hot spot’ membabitkan kesesakan dan kemalangan jalan raya di semua lebuh raya.  Laluan itu membabitkan lebuh raya utama di seluruh negara termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Justeru itu, pihaknya akan menggerakkan 6,559 pegawai dan anggota termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan digerakkan sepanjang Op Selamat yang bermula dari 18 hingga 27 Januari. 

Op Selamat ke -19 yang bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ bukan hanya menitik beratkan keselamatan pengguna jalanraya, malah ianya turut membabitkan keselamatan harta benda.

Beliau berkata polis juga akan menumpukan enam kesalahan utama yang sering dilakukan pemandu iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Pengerusi PLUS Malaysia Berhad Datuk Mohamad Nasir  Ab Latif dalam ucapannya PLUS menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada waktu puncak dalam tempoh berkenaan iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding hari biasa.

“PLUS akan mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu menyuraikan trafik dan membantu pengguna merancang perjalanan di lebuh raya”, ujarnya.

“Penunggang motosikal menyumbang 64 peratus daripada jumlah kemalangan maut di Lebuhraya PLUS pada 2022, lantaran itu kolaborasi bersama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan amat penting bagi mengurangkan insiden tersebut” 

Selain mengeluarkan jadual TTA, PLUS juga akan menghentikan sementara semua kerja penyelenggaraan jalan yang memerlukan penutupan lorong bermula 20 hingga 25 Januari, agar semua lorong boleh digunakan untuk melancarkan trafik.  Pada masa sama, PLUS turut menggunakan semua saluran komunikasi termasuk platform media sosial untuk membuat hebahan maklumat trafik terkini kepada orang ramai,

Beliau turut mencadangkan supaya orang ramai melayari Twitter PLUSTrafik untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan lalu lintas selain panduan maklumat dipaparkan papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya. Pengguna juga digalakkan untuk menggunakan aplikasi Plus dan aplikasi lain seperti Waze dan Google Map untuk merancang perjalanan ke destinasi masing-masing.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak kedua meningkat

1 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPengguna

Inisiatif Menu RAHMAH dilancarkan

SUBANG JAYA, 31 Januari 2023 – Inisiatif Menu RAHMAH yang telah diumumkan...

AMBeliaHighlightsMY LNASukan

Sesi dialog awam bukti komitmen KBS dalam mengangkat martabat sektor sukan negara

PUTRAJAYA, 31 Januari 2023 – Satu sesi dialog awam Menteri Belia Dan...

AMMY LNASekuriti Makanan

Keterjaminan Sumber Makanan: Rusia Dan Malaysia Komited Tingkatkan Kerjasama Dua Hala

PUTRAJAYA, 31 JANUARI 2023 – Rusia dan Malaysia berazam mahu meningkatkan kerjasama...