KUALA LUMPUR, 12 Januari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengiktiraf sokongan media melalui pengumuman Anugerah Kewartawanan KPKT 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre semalam. Seramai 50 orang pengamal media diraikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri KPKT dalam majlis yang turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri KPKT, YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KPKT serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan, Agensi di bawah KPKT.
YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri KPKT berkata, “ Anugerah ini merupakan komitmen KPKT dalam menzahirkan penghargaan kepada golongan wartawan yang memberikan penyampaian maklumat yang sahih, berkualiti dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan. Ini kerana hasil karya berkualiti berupaya menghasilkan impak yang besar kepada pembangunan negara dalam membina ekonomi, perpaduan, keharmonian dan kestabilan politik negara.”
Penganjuran pertandingan yang akan bermula pada bulan Mac ini memfokuskan kepada hasil karya yang mengetengahkan agenda utama KPKT meliputi pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan, perancangan perumahan yang lebih komprehensif, pemerkasaan komuniti berbilang kaum, pengurusan sisa pepejal bersepadu yang lebih efisyen, memperkukuh agenda bandar mampan dan pintar serta pemerkasaan perkhidmatan kebombaan. Oleh itu, melalui penjurian secara profesional, karya terbaik akan diiktiraf dan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kewartawanan KPKT 2023 melalui pelbagai kategori yang akan dipertandingkan pada akhir November ini.
YB KM selaku peneraju KPKT berharap anugerah ini mampu menjadi pencetus semangat untuk rakan media terus berkarya dalam membawa pelbagai isu dan cabaran dunia kewartawanan pada masa akan datang. Dalam majlis sama, YB KM turut berkongsi dengan pengamal media tentang halatuju dan komitmen KPKT seiring dengan tiga slogan (tagline) baharu Kementerian iaitu #StrongerTogether, #UnityInDiversity dan #DemiPertiwi. Dalam majlis sama, YBKM turut menerangkan konsep pendekatan pentadbiran KPKT yang dirangkumkan sebagai ‘ABCD’ iaitu:
A: Amanah, Adil dan Arif;
B: Bersih dan Bela;
C: Cekap, Cergas dan Cepat; dan
D: Disiplin.
Melalui gabungan budaya kerja dan pendekatan Kementerian melalui konsep ‘ABCD’, KPKT akan terus berdaya saing untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan negara dan rakyat.
- VT Markets Innovates Trading at the Hong Kong Traders Fair
- The allure of Da Nang and Phu Quoc – top destinations for Indian tourists
- 1win Brings Christmas Comfort to Cancer Patients in Ghana
- From Farm to Screen: Shopee’s Kempen Tani Cultivates Online Success for Agropreneurs
- UM launches Green@UMHealth, Malaysia’s first sustainable academic health centre
Leave a comment