Home MY LNA Pengusaha Bas Pelancong Harus Sediakan Pemandu Pelancong
MY LNAPelancongan

Pengusaha Bas Pelancong Harus Sediakan Pemandu Pelancong

Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka, Yeow Chin Chai . Kredit Foto Naazrulazuad

MELAKA, 11 Januari 2023 – Pemain industri pelancongan khususnya pengusaha kenderaan pelancongan diingatkan agar melantik pemandu pelancong yang diiktiraf apabila perkhidmatan kenderaan mereka digunakan.

Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka, Yeow Chin Chai berkata ianya penting bagi memastikan mereka tidak dikenakan kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan.

“Meskipun begitu pihak MOTAC mempunyai garis panduan untuk mereka di kecualikan bagi melantik pemandu pelancong antaranya ialah point to point transfer yang tidak melibatkan tempat pelancongan, Upacara keagamaan, Perkahwinan dan Sukan serta apa-apa tujuan yang difikirkan layak diluluskan oleh Kementerian seperti kematian”, ujar beliau ketika di temui media pada Majlis Pelancaran Menu Berbuka Puasa Di Imperial Heritage Hotel Melaka pada 11 Januari lalu.

“ Minggu lepas pihak MOTAC Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dengan kerjasama PDRM dan JPJ ada membuat OPS Bersepadu, dalam Ops berkenaan sebanyak 20 buah bas telah diperiksa dan 5 daripadanya telah dikenakan kompaun kerana tidak menyediakan khidmat pemandu pelancong”, tambahnya.

Jelasnya lagi, pengusaha bas pelancong boleh di kompaun sehingga maksimum RM5000.  Di Melaka sahaja terdapat 170 pemandu pelancong yang berdaftar dengan MOTAC.

“Kita juga ada terima banyak aduan berkaitan bas pelancong yang tidak menyediakan khidmat pemandu pelancong, namun kita gagal untuk mengambil tidakan sewajarnya kerana kekurangan maklumat yang diperlukan untuk mendakwa mereka”, ujarnya.

Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat, aduan boleh di buat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MOTAC di pautan http://motac.spab.gov.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat

27 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua meningkat

26 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...

AMCuacaHighlightsMY LNA

Armizan lawat mangsa banjir di Segamat

25 Januari 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah,...