KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu mempunyai fokus dan pendekatan baharu bagi memerangi kemiskinan di dalam bandar.
Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri KKDW menjelaskan bahawa pendekatan baharu yang diwujudkan perlu dibuat tanpa meminggirkan prinsip-prinsip asal kewujudan KKDW. Majlis Amanah Rakyat (Mara) umpamanya agensi yang penting dalam KKDW.
“Melalui Akta Mara yang telah dibawa ke Parlimen pada tahun 1966, Mara telah berkembang begitu besar multi dimensional aproach. Segalanya dibuat untuk mempertingkatkan empat aspek utama yang menjadi misi kepada Mara iaitu pendidikan, keusahawanan, pengurusan dan perniagaan,”, ujar beliau sewaktu berucap pada Majlis Sesi Sembang Santai KKDW Bersama Media di Menara Kuala Lumpur pada 10 Januari.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menjawab soalan media mengenai kemelut politik yang melanda Sabah. Kerajaan Perpaduan di Sabah tidak sukar dibentuk seperti mana dilaksanakan Kerajaan Pusat ketika ini, malah pembentukan kerajaan baharu di Sabah membabitkan semua parti yang ada dalam Kerajaan Pusat boleh dilaksanakan melalui kerjasama dan persepakatan semua pihak.
“Saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa perlu ada tempoh bertenang, tapi dalam keadaan bertenang ini pun masih ada perkara berlaku.
Apa yang penting matlamat Dato’ Seri Anwar bagi menyarankan mewujudkan kerajaan perpaduan di Sabah yang akan membabitkan semua parti yang ada dalam kerajaan peringkat Pusat. Di Sabah tak begitu sukar untuk Kerajaan Perpaduan diwujudkan tapi soal penerimaan itu aspek kita harus santuni terlebih dahulu,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai kemelut di Sabah itu, Ahmad Zahid berkata, beliau yakin rakyat Sabah tidak mahu Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan semula sebaliknya mahu permasalahan rakyat terus menjadi fokus utama kerajaan.
Katanya, demokrasi tidak hanya melalui pilihan raya namun persepakatan antara parti politik untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat harus diterjemah dan dilaksanakan.
“Bagi tempoh berbaki dua tahun setengah untuk PRN Sabah diadakan, saya harap pembangunan, soal kebajikan dan kemudahan rakyat harus diberi keutamaan. Jika politiking menjadi agenda saya yakin soal yang dikatakan ini mungkin tidak dapat diberi keutamaan,” tambahnya.
Beliau juga berharap semua pihak berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk bersama Perdana Menteri bagi pembentukan kerajaan perpaduan di Sabah.
- Spackman Media Group Artist Son Suk-Ku Ranks #1 In The 2023 MALE ACTORS TO WATCH Survey In Korea
- LOHAS EXPO x Natural, Organic, Green Life Expo 2023
- Metamorphosis By De Beers: Prelude
- RGE closes inaugural US$550 million Sustainability-Linked Derivative with MUFG
- The British Ambassador welcomes the launch of Malvern College Tokyo at British Embassy.
Leave a comment